Saturday 15 June 2013

Husam Semakin Dipinggir Oleh Pas Kelantan???

Di sebalik perbalahan sesama pemimpin Pas seperti di bawah,  difahamkan bahawa sudah ada NGO-NGO yang bakal menarik diri daripada terlibat dengan perhimpunan BlackOut505.

Segalanya berpunca dengan gesaan mereka supaya pembangkang memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen tidak diendah dan disampahkan oleh kepimpinan pembangkang. Kita tidak terkejut dengan tindakan NGO-NGO itu kerana mereka merasa ditipu dan dikeldaikan demi kepentingan pemimpin pembangkang.

Kita baca pula aksi Pas Kelantan dengan Husam Musa :

Pas Kelantan menyangkal dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang menuduh pemimpin parti yang tidak menyokong perhimpunan pakatan pembangkang di padang Majlis Daerah Ketereh malam kelmarin sebagai pengkhianat parti dan lupa asal-usul.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, perhimpunan Blackout 505 bukan program parti tetapi inisiatif beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tidak melibatkan, malah tiada jemputan rasmi diberikan kepada Pas Kelantan.

Mohd Amar yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri turut meminta Husam supaya berhenti daripada menyindir pemimpin lain kerana kehadiran Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob sudah membuktikan komitmen kerajaan Pas Kelantan dalam menentang penyelewengan pilihan raya.

Menurutnya, pertama, program di Ketereh itu bukan anjuran parti, tetapi NGO dan Pas negeri tidak dirujuk untuk mengadakan program itu, sebaliknya hanya mendengar tetapi tidak ada sebarang perbincangan rasmi.

"Saya sendiri hari Rabu itu terima panggilan telefon jemput hadir tapi last minute, saya tidak boleh hadirlah kerana ada komitmen lain.

"Kalau kata kita tidak menyokong, menteri besar sendiri hadir, jadi kehadiran beliau adalah sokongan paling jelas terhadap program itu, bukan mesti semua orang hadir. Beliau mewakili negeri dan parti, jadi pada pandangan saya kehadirannya sudah cukup bermakna," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah pagi di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini.
Beliau mengulas ucapan Husam dalam perhimpunan itu seperti dilaporkan akhbar hari ini yang mendakwa pemimpin Pas yang tidak menyokong program tersebut sebagai pengkhianat dan pemimpin yang lupa asal-usul serta bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi dakwah yang diasaskan oleh pimpinan Pas terdahulu.

Malah dalam ucapannya itu, Husam turut mendakwa mana-mana pemimpin tidak menyokong perhimpunan tersebut sebagai golongan membawa suara UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan angkuh kerana membelakangkan 'saudara-saudara yang berlumuran darah' hasil penipu. Ketika ditanya dakwaan Husam tersebut, Mohd. Amar sekali lagi bertegas menolak dan menafikannya.

"Suara UMNO apanya? Kita semua tidak suka dengan penyelewengan ini, Pas Kelantan pun buat tiga petisyen di Kota Bharu, kita pun tidak puas hati dengan perjalanan pilihan raya," katanya.

Perhimpunan tersebut turut dihadiri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu serta beberapa pemimpin Pas dan PKR yang lain.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive