Thursday, 6 June 2013

TMJ Kesal Ketidakadilan FAM ???

KUALA LUMPUR:  Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus menyuarakan rasa kesal baginda terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia, (FAM). Namun, kali ini baginda bertitah selaku Tengku Mahkota Johor dan bukan Presiden PBNJ yang menjalani hukuman penggantungan.

"Apabila saya dikenakan tindakan penggantungan selaku presiden PBNJ, saya dimaklumkan bahawa tiada sesiapa pun berada di atas undang-undang.

"Sebelum ini, segala hukuman akan dijatuhkan oleh Lembaga Disiplin dan Tatatertib FAM, tetapi dalam kes Pahang menentang Johor Darul Takzim dalam perlawanan separuh akhir Piala FA, hukuman telah dijatuhkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan.

"Kita juga tidak diberikan ruang untuk membuat sebarang rayuan atas denda tersebut. Pada saya, ianya bukanlah soal kewangan, tetapi soal keadilan dalam layanan terhadap persatuan-persatuan bolasepak.

"Ini jelas menunjukkan bahawa FAM boleh membuat keputusan dan mengubah peraturan sewenang-wenangnya," titah baginda dalam kenyataan kepada media apda Khamis.
Baginda turut meluahkan rasa kecewa terhadap FAM, yang disifatkan baginda lebih gemar menjemput pasukan ternama seperti Chelsea daripada menumpukan perhatian terhadap pogram pembangunan akar umbi dan perkara-perkara lebih penting dalam bola sepak.

Tunku Ismail turut menjelaskan mengapa baginda memberikan pandangannya kepada media, berhubung tahap pengadilan di kancah Liga M sehingga menyebabkan baginda digantung FAM.  

"Saya telah menulis surat-surat kepada FAM termasuk surat berkaitan mutu pengadilan di negara ini, namun tidak mendapat maklum balas. Saya menyuarakan pendapat saya kepada media kerana rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui situasi sebenar.

"Bolasepak bukan suatu entiti persendirian milik mana-mana individu, ianya adalah untuk semua lapisan rakyat," titah baginda lagi menerusi kenyataan kepada media pada Rabu.

Sebelum ini, baginda juga tampak seakan mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan, apabila menterinya, Khairy Jamaluddin turut menyuarakan rasa kesal terhadap FAM dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang, PBNP berhubung aksi yang tegendala di Stadium Darulmakmur 29 Mei lalu.

Namun teguran Khairy seakan sukar diterima pucuk pimpinan FAM, apabila presiden persaatuan itu, Sultan Ahmad Shah tampil menempelak kenyataan ahli parlimen Rembau itu.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive