Monday, 17 June 2013

RM 2.6 Juta Dikutip Derma Lebuh Raya!!! Pas Perlu Puluhan Tahun Lagi Untuk Dapatkan 2 Billion???

Sebanyak RM2.6 juta dikutip daripada orang ramai sehingga Mei lalu bagi membina lebuh raya rakyat antara Kota Bharu-Kuala Krai yang dianggarkan bernilai RM2 bilion, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan diberitahu, hari ini. Baca [Sini]

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri, Hanifa Ahmad, berkata kerajaan negeri yakin mampu mengutip sebanyak RM50 juta tidak lama lagi bagi kos pembinaan lebuh raya berkenaan. 

"Ini kerana kita yakin bukan saja rakyat Kelantan yang membantu tetapi juga daripada seluruh rakyat Malaysia. Kita juga dimaklumkan ada penderma dari negara Arab yang akan memberikan derma untuk itu," katanya ketika menjawab soalan Mohd Fauzi Abdullah (PAS-Manek Urai).

Hanifa berkata, pakej pertama pembinaan lebuh raya berkenaan dari Machang ke Kuala Krai membabitkan sepanjang 29 kilometer itu akan bermula bulan depan.

Ketika menjawab soalan Datuk Noor Zahidi Omar (BN-Pengkalan Kubor), Hanifa berkata, fasa pertama pembinaannya dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun lagi.

Hanifa berkata, kerajaan negeri bagaimanapun sedia bekerjasama dengan kerajaan pusat yang sanggup bersama-sama meneruskan lebuh raya berkenaan sepanjang 73 kilometer.

Kerajaan Kelantan pada Mei tahun lalu melancarkan pembinaan lebuh raya berkenaan yang dianggarkan menelan belanja RM2 bilion yang akan dikutip daripada derma orang ramai. - Sumber

PT
Bermakna hanya 2 juta saja yang dapat dikutip dari hasil derma orang ramai selama 1 tahun setelah kutipan derma ditubuhkan. Bagi mendapatkan jumlah sebanyak 200juta bermakna 100 tahun lagi barulah Kerajaan Pas kelantan dapat menyiapkan Lebuhraya Rakyat dari KB - KK. nampaknya entah berapa orang la pulak MB Pas akan bersilih ganti. Mungkin syarikat yang dapat tender pun sudah bertukar tangan. Lihat [Sini]

Ini pulak kenyataan Husam Musa pada 10 Mei 2012 mengatakan yang lebuhraya akan dibina hujung bulan Mei..tapi sehingga sekarang habuk pun takda!!!

KOTA BHARU, 10 Mei 2012 : Pembinaan Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai sejauh 73 kilometer yang tergendala sebelum ini bakal dibina akhir bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata sebanyak RM200 juta diperuntukkan untuk pembinaan yang merangkumi tiga fasa itu.

Husam bagaimanapun berkata, tarikh pecah tanah untuk pembinaan lebuh raya ini akan diputuskan dalam tempoh dua hari ini.

Kepada penyokong dan pengundi Pas pada PRU13 nanti tak payah lah dok berangan dapat menggunakan lebuhraya tersebut kerana lebuhraya akan siap selepas 100 tahun yang akan datang. kecualilah dengan bantuan kerajaan pusat pasti angan-angan puak-puak penyokong tegar Pas akan terlaksana.

3 comments:

  1. krja bodoh dari orang yang bodoh.

    ReplyDelete
  2. Nak dpt 2 billion dr derma org ramai kat M'sia ni mcm mimpi. Klu derma org sikit mungkin boleh. Cite sikit kat tempat aku, nak buat surau, mintak derma org ramai, dptlah 50000+, targetnye 250000+, berbulan bulan makan tahun tak cukup cukup, sorang jiran tak sabo, bisnes pulak ade bagus, terus bg cukup, skrg siap dah surau tu, siap ekon lg. So kesimpulannya, jgn mintak org ramai klu jumlahnye besar, mintak ngan org sikit, nanti die bg jumlah yg besar. Org K'tan kan ramai yg bisnes bagus, klu sorg derme sejuta, dpt 2 ribu org, cukup la.

    ReplyDelete
  3. memang ramai bisnes bagus tapi kebanyakannya termasuk dalam kumpulan 'Haji Bakhil'..orang kaya dari parti hijau lagi ramai di kelantan..tapi adakah puok2 tu derma seperti Melayu Islam cadangkan?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive