Showing posts with label kb-kk. Show all posts
Showing posts with label kb-kk. Show all posts

Monday, 17 June 2013

RM 2.6 Juta Dikutip Derma Lebuh Raya!!! Pas Perlu Puluhan Tahun Lagi Untuk Dapatkan 2 Billion???

Sebanyak RM2.6 juta dikutip daripada orang ramai sehingga Mei lalu bagi membina lebuh raya rakyat antara Kota Bharu-Kuala Krai yang dianggarkan bernilai RM2 bilion, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan diberitahu, hari ini. Baca [Sini]

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri, Hanifa Ahmad, berkata kerajaan negeri yakin mampu mengutip sebanyak RM50 juta tidak lama lagi bagi kos pembinaan lebuh raya berkenaan. 

"Ini kerana kita yakin bukan saja rakyat Kelantan yang membantu tetapi juga daripada seluruh rakyat Malaysia. Kita juga dimaklumkan ada penderma dari negara Arab yang akan memberikan derma untuk itu," katanya ketika menjawab soalan Mohd Fauzi Abdullah (PAS-Manek Urai).

Hanifa berkata, pakej pertama pembinaan lebuh raya berkenaan dari Machang ke Kuala Krai membabitkan sepanjang 29 kilometer itu akan bermula bulan depan.

Ketika menjawab soalan Datuk Noor Zahidi Omar (BN-Pengkalan Kubor), Hanifa berkata, fasa pertama pembinaannya dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun lagi.

Hanifa berkata, kerajaan negeri bagaimanapun sedia bekerjasama dengan kerajaan pusat yang sanggup bersama-sama meneruskan lebuh raya berkenaan sepanjang 73 kilometer.

Kerajaan Kelantan pada Mei tahun lalu melancarkan pembinaan lebuh raya berkenaan yang dianggarkan menelan belanja RM2 bilion yang akan dikutip daripada derma orang ramai. - Sumber

PT
Bermakna hanya 2 juta saja yang dapat dikutip dari hasil derma orang ramai selama 1 tahun setelah kutipan derma ditubuhkan. Bagi mendapatkan jumlah sebanyak 200juta bermakna 100 tahun lagi barulah Kerajaan Pas kelantan dapat menyiapkan Lebuhraya Rakyat dari KB - KK. nampaknya entah berapa orang la pulak MB Pas akan bersilih ganti. Mungkin syarikat yang dapat tender pun sudah bertukar tangan. Lihat [Sini]

Ini pulak kenyataan Husam Musa pada 10 Mei 2012 mengatakan yang lebuhraya akan dibina hujung bulan Mei..tapi sehingga sekarang habuk pun takda!!!

KOTA BHARU, 10 Mei 2012 : Pembinaan Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai sejauh 73 kilometer yang tergendala sebelum ini bakal dibina akhir bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata sebanyak RM200 juta diperuntukkan untuk pembinaan yang merangkumi tiga fasa itu.

Husam bagaimanapun berkata, tarikh pecah tanah untuk pembinaan lebuh raya ini akan diputuskan dalam tempoh dua hari ini.

Kepada penyokong dan pengundi Pas pada PRU13 nanti tak payah lah dok berangan dapat menggunakan lebuhraya tersebut kerana lebuhraya akan siap selepas 100 tahun yang akan datang. kecualilah dengan bantuan kerajaan pusat pasti angan-angan puak-puak penyokong tegar Pas akan terlaksana.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive