Tuesday 4 June 2013

Hebat Anwar!!! Berani Mencabar Titah Yang di Pertuan Agong???

Pakatan pembangkang yang cuma memenangi tiga negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) semakin biadap dan bertindak seperti `kaduk naik junjung’ apabila dengan berani `mencabar’ titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.


Meskipun telah dititahkan baginda baru-baru ini supaya semua pihak termasuk parti-parti politik akur dengan keputusan PRU13 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kekal menerajui kerajaan Persekutuan, tetapi titah itu nampaknya langsung tidak dihiraukan oleh pemimpin pembangkag.
Ibarat rakyat yang menderhaka kepada Agong, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dengan berani menyatakan Himpunan Blackout 505 bagi membantah keputusan PRU13 pada 5 Mei lalu akan tetap diteruskan.
Sebuah portal berita melaporkan Anwar dalam sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang mendakwa gabungan parti pembangkang memutuskan untuk menyokong inisiatif dengan menganjurkan himpunan aman itu di Kuala Lumpur pada 15 Jun ini pada waktu petang.
Anwar juga dilaporkan berkata, pakatan akan berurusan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakat dan pihak keselamatan bagi memastikan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman.
Ditanya sama ada perhimpunan itu diadakan di stadium atau akan menjadi demontrasi jalanan, Anwar mendakwa sektertariat perhimpunan akan memberi maklumat lanjut mengenainya.
Tuanku Abdul Halim pada ulang tahun keputeraan baginda yang disambut kelmarin bertitah supaya rakyat di negara ini akur dengan keputusan PRU13 yang ditentukan sendiri mereka.
Baginda bertitah, sebarang perubahan politik di negara ini perlu dilakukan secara aman dan menerusi peti undi berpandukan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang. - Sumber

2 comments:

  1. ALAMAK SIGILA NI TAK HABIS2 DGN DEMO DIA. TAKPE BAGI DIA LAST CHANCE LEPAS TU KES LAHAD DATU BILA NAK TANGKAP SI GILA NI. SI GILA NI MMG SAJE NAK PERMAINKAN UNDANG2 DI MALAYSIA PASAL DIA INGAT NI KEBAL SANGAT. LAGIPUN SEMUA NASIHAT DI DAPATI DARI PEGUAM2 DIA. MMG TAK GUNA LA SI GILA NI. BILA LA NAK KENA SAMBAR PETIR. TAPI MMG PANDAI MENIPU SEMUA PENYOKONG DIA DOK PERCAYA DKT SI GILA NI. KALO DAH GILA JGN LA SIBUK NAK JADI PM GILA OI..

    ReplyDelete
  2. ehh eehh sama la kita,saya pun tengah tunggu nak tengok dia dipanah petir..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive