Monday 10 June 2013

Memang Bangsat!!! Penyokong Pembangkang Rakyat Anarki & Calvin Gani Hina Nabi Terbongkar???

Kita sekali lagi dikejutkan dengan tindakan biadap individu yang menghina Nabi Muhammad SAW. Kelmarin, dua akaun Facebook menggunakan nama 'Calvin Gani' dan 'Rakyat Anarki' mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini apabila memaparkan kenyataan menghina Nabi.

Dan mereka itu adalah penyokong Pakatan Pembangkang. Jika Majlis Peguam berkata tidak salah untuk mengkritik Institusi Di-Raja walau pun dengan kata-kata yang biadap, macam mana dengan isu ini pula?

Mahu dipertahankan juga orang-orang yang kurang ajar, biadap dan low class civic minded? Kita menyarankan kepada kepimpinan pembangkang supaya membuat keterangan secara terbuka dan menasihati penyokong-penyokong mereka supaya lebih tertib, menghormati agama lain dan jangan kurang ajar lagi.

Kita juga hairan, apakah budaya biadap dan kurang ajar ini yang diterap oleh Pakatan Pembangkang? Jika benar,tidak terkejut jika negara kita akan mengalami krisis yang akan memporak-perandakan keamanan dan kesejahteraan negara ini.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengenal pasti identiti dua individu yang didakwa menghina Nabi Muhammad melalui laman sosial Facebook dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kementerian itu memandang serius kes penyalahgunaan Internet di negara ini, terutama membabitkan penyebaran fitnah dan hasutan yang boleh menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat.

"Saya ingin mengingatkan setiap pengguna Internet di negara ini bahawa mereka tidak akan terlepas dari undang-undang, walaupun perlakuan atau penyataan mereka di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog itu adalah atas dasar peribadi kerana ianya boleh mencetus provokasi di negara ini,"katanya kepada pemberita, di Kemaman hari ini.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan jamuan rakyat di Felda Neram Satu, juga berkata kecanggihan teknologi membolehkan individu terbabit dikesan pihak berkuasa seperti kes-kes sebelum ini termasuk yang menghina Yang di-Pertuan Agong.

Kelmarin, dua akaun Facebook menggunakan nama Calvin Gani dan Rakyat Anarki mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini apabila memaparkan kenyataan menghina nabi.

Ditanya kemungkinan Malaysia menyekat akses media sosial seperti Facebook, Ahmad Shabery berkata langkah itu tidak perlu buat masa ini kerana medium berkenaan juga mempunyai kebaikan yang dapat dimanfaatkan banyak pihak.

Kita tidak akan mengharamkannya hanya kerana tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawa cuma rakyat perlu tahu pihak berkuasa tidak akan berdiam diri jika mereka menyalahgunakan penggunaan laman media sosial.

Tetapi saya tidak menolak kemungkinan itu andainya terdapat penggunaan secara negatif yang keterlaluan hingga mendatangkan rasa resah, gelisah dan kemarahan di kalangan rakyat mungkin ketika itu kerajaan perlu menerima pandangan dan desakan dari pelbagai pihak untuk melakukannya, katanya.

Antara negara yang mengharamkan akses Facebook ialah China, Vietnam, Syria, Iran, Pakistan, Korea Utara dan Uzbekistan - Bernama .

PT
Insyallah Pas akan mendapat tempat di hati melayu seandainya dua orang ini tidak lagi memimpin Pas. Iaitu :

1. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
2. Abdul Hadi bin Awang

Hati orang Melayu amat terluka terhadap Pas bila dua orang ini mewakili Pas menyokong penggunaan kalimah Allah dalam bible bahasa melayu. Untuk pengetahuan pembaca sekalian. Dua manusia yang di sebut tadi adalah merupakan pengkhianat yang paling sadis terhadap kemuliaan sifat Allah SWT sebagai Tuhan orang Islam.

Sumber

1 comment:

  1. Cari bangsat dua org dan wajib dibunuh!!!! Ayuuhhh umat melayu islaaaammm

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive