Tuesday 18 June 2013

Mati Syahid Jika Mati Di Himpunan Blackout 505 - Husam Musa???

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR: Golongan ulama PAS enggan memberikan komen berhubung kenyataan naib presidennya Datuk Husam Musa yang beranggapan mana-mana peserta yang terkorban ketika menyertai Himpunan Blackout 505 sebagai mati syahid.

Ketika dihubungi Antarapos, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib enggan memberikan komen sehingga membaca kenyataan penuh yang disiarkan organ rasmi parti itu, Harakahdaily.

"Saya tak mahu komen lagi, saya nak baca dulu. "Tidak sekarang (memberi komen), kemudian (selepas baca kenyataan penuh Husam)," jawab pemimpin veteran ini.

Husam dalam kenyataan di Harakahdaily, semalam berkata peserta yang terkorban ketika menyertai Himpunan Blackout 505 dianggap sebagai mati syahid.

"Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya-Allah ia adalah syahid fi sabillah...

"Kita boleh reda dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk reda dengan penipuan dan maksiat. Tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya," katanya.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor turut menggesa seluruh ahli dan penyokong PAS agar turun ke Kuala Lumpur pada 22 Jun ini bagi menyertai perhimpunan terakhir 'Blackout 505'.

"Keputusan untuk menyertai himpunan ini bukan keputusan Husam Musa, bukan keputusan Haji Mohamad Sabu tetapi keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk menyokong Blackout505," katanya lagi.
Syahid dikategorikan beberapa jenis Sementara itu Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata mati syahid boleh dikategorikan kepada beberapa jenis mengikut Islam. Beliau juga enggan menjawab pertanyaan berhubung kenyataan dilontarkan Husam itu.

"Itu kena tanya dia (Husam), mati syahid banyak jenis...orang lemas pun mati syahid, mati dalam kebakaran pun mati syahid, banyak jenis mati syahid ini.

"Mati dalam pertahankan kebenaran memang mati syahid, saya malas komen (kenyataan Husam)," jawabnya. Himpun 505 ini bertujuan sebagai bantahan terhadap dakwaan penipuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu dan menuntut supaya pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga melepaskan jawatan masing-masing.

Namun setakat ini, tidak ada kenyataan rasmi daripada pemimpin pembangkang sama ada mereka juga membantah keputusan pilihan raya negeri, khususnya di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor yang menyaksikan mereka terus berkuasa.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive