Friday, 15 November 2013

Kenapa Timbalan MB Berdolak Dalik Tentang Hudud Di Kelantan???

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (gambar) enggan mengulas lanjut kenyataan Jabatan Kehakiman Syariah negeri yang mendakwa jabatan itu sudah bersedia melaksanakan hukum hudud.

Mohd. Amar berkata, hanya pihak jabatan kehakiman mengetahui apa yang diperlukan termasuk bilangan hakim dan sebagainya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad semalam yang menyatakan pihaknya sudah mempunyai kemudahan mencukupi untuk melaksana hukum itu.

"Saya tak tahu nak komen apa dah kalau dia cakap macam itu, tetapi dia perlu jelaskan apa maksud dengan sudah bersedia.

"Hanya jabatan mahkamah tahu apa yang mereka perlukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Daud yang menyatakan Mahkamah Syariah sudah bersedia pada bila-bila masa melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 sekiranya kerajaan Pas Kelantan mahu menguatkuasakan undang-undang tersebut.

Namun, Daud berkata, kerajaan Pas Kelantan perlu menambah bilangan hakim sekiranya mahu hukum itu dilaksanakan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Mohd. Amar ketika ditanya perkembangan kertas kerja yang dirangka pakar undang-undang Perlembagaan, Dr. Abdul Aziz Bari mengenai bagaimana Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dapat dilaksanakan dalam kerangka bidang kuasa negeri, beliau berkata, pihaknya masih menunggu hasil kerja yang dimaksudkan.

Baru-baru ini beliau memberitahu, kerajaan negeri meminta Abdul Aziz membuat cadangan bertulis bagaimana hudud boleh dilaksanakan tanpa sekatan undang-undang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive