Saturday, 16 November 2013

Pemfitnah Mohon Maaf!!! Restoran Guna Najis Sebagai Pelaris


Sebelum ini tersebar tentang fitnah Restoran Nasi Vanggey Greentown menggunakan najis manusia sebagai pelaris. Cepat ia tersebar.

Laporan polis dibuat pemilik restoran. Pemfitnah tampil mohon maaf. Pemilik akaun Facebook Ze Aida itu hadir sendiri ke restoran berkenaan ditemani abangnya untuk bertemu dengan Pengurus, Ahmad Fazli Mohammed dan Pengarahnya, Ahamed Azlan Shah Saiful Jaafar Sadik bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Dimaklumkan wanita berusia 24 tahun itu berkata, dia tidak berniat untuk menghina restoran berkenaan dan segala-galanya berlaku secara tidak sengaja.

“Kontroversi timbul apabila saya menyalin semula status ditulis seorang individu di Facebook miliknya mengenai keburukan restoran ini. Status Facebook saya hanya boleh dibaca sebilangan kecil individu sahaja, namun ada pihak tidak bertanggungjawab mencetak paparan skrin (screen shot) status saya dan menyebarkannya secara meluas melalui telefon dan internet,” katanya kepada Sinar Harian.

Dia juga memohon maaf secara terbuka atas permintaan pengurusan Restoran Nasi Vanggey dan kesal tuduhannya.

“Saya juga berharap perkara ini menjadi iktibar kepada semua pengguna laman sosial agar lebih berhati-hati apabila meletakkan sesuatu status supaya tidak timbul masalah di kemudian hari,” katanya. - Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive