Showing posts with label anwar Ibrahim. Khalid Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label anwar Ibrahim. Khalid Ibrahim. Show all posts

Thursday, 21 August 2014

PKR Rela Bagi Laluan Kepada PAS Jika Wan Azizah Ditolak Sultan???

PKR tetap kekal dengan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Menteri Besar Selangor walaupun walaupun berdepan kemungkinan Sultan Selangor menolak pencalonan presiden parti itu sekaligus memberi laluan pilihan raya negeri diadakan.

Pendirian tersebut dinyatakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang berkata keputusan sudah dicapai dan hanya nama Dr Wan Azizah dihantar kepada istana.

Selain nampak terdesak.. kenyataannya itu jelas menunjukkan bahawa beliau tidak memberikan pilihan langsung malah lebih bersifat memaksa Sultan Selangor supaya menerima Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar.

Seolah-olah beliau menganggap Sultan itu adalah seorang ahli PKR yang boleh diarahkannya supaya mengikut kehendak parti sedangkan untuk memilih dan melantik itu adalah hak Sultan.

Malah sanggup berhadapan dengan pilihanraya meskipun ramai yang sudah sedia maklum jika diadakan pilihan raya negeri risiko PR Selangor untuk kehilangan majoriti lebih dari 2/3 adalah tinggi.

Rasanya adalah lebih baik jawatan Menteri Besar itu diserahkan kepada PAS jika PKR benar-benar tiada nama lain untuk dikemukakan kepada Sultan... Ini lebih baik dari dibazirkan beratus juta RM untuk diadakan Pilihanraya Negeri yang akibatnya akan menyebabkan beberapa ADUN yang ada kehilangan jawatan.

Laporan berkaitan...

PKR tetap kekal dengan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Menteri Besar Selangor walaupun walaupun berdepan kemungkinan Sultan Selangor menolak pencalonan presiden parti itu sekaligus memberi laluan pilihan raya negeri diadakan.

Pendirian tersebut dinyatakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang berkata keputusan sudah dicapai dan hanya nama Dr Wan Azizah dihantar kepada istana.

"Kita tidak bincang langsung mengenai perkara itu," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider apabila ditanya mengenai langkah seterusnya jika Sultan menolak presiden PKR tersebut.

Saifuddin berkata mereka menanti maklum balas daripada pihak istana selepas nama Dr Wan Azizah dihantar sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim. "Kita cuma tunggu sahaja maklum balas daripada Tuanku," katanya.

Mengenai kemungkinan Dr Wan Azizah ditolak, Saifuddin berkata langkah susulan belum diputuskan kepimpinan ketika ini. "Ia masih belum berlaku dan belum bincang," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata mereka akan melalui proses mengikut perlembagaan dan undang-undang dalam usaha menggantikan Khalid.

"Kita akan guna proses perlembagaan dan undang-undang. Prosesnya adalah dengan menghantar nama terlebih dahulu dan dalam isu ini, majoriti sokongan kepada Dr Wan Azizah adalah jelas," kata Rafizi, Rafizi juga tidak memberitahu mengenai langkah seterusnya jika Sultan Selangor menolak Dr Wan Azizah, sambil berkata tidak mahu membuat "spekulasi".
"Tidak apa, kita guna dahulu proses Perlembagaan. Buat ketika ini, kita tidak mahu berspekulasi," katanya. Awal hari ini, The Malaysian Insider memetik pakar perundangan sebagai tidak menolak Sultan Selangor masih boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan semula.

Peguam Abdul Shukor Ahmad berkata merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan pada 2010 melibatkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Zambry Abdul Kader, sultan mempunyai pilihan mengarahkan peletakan jawatan MB kerana hilang sokongan majoriti ahli DUN.

Shukor berkata Sultan juga boleh memanggil sidang tergempar dan mengarahkan MB menguji sokongan di DUN.

"Sekiranya menteri besar hilang sokongan undi, beliau perlu meletakkan jawatan. Sultan juga boleh membubarkan DUN sekiranya Tuanku menerima saranan menteri besar," katanya kepada The Malaysian Insider.

PT
Nampak sangat PKR lapar kepada jawatan. .

Tuesday, 19 August 2014

Anwar Semakin Hampir Untuk Melihat Bininya Jadi MB....

SHAH ALAM – PR tidak boleh memaksa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima calon Menteri Besar Selangor pilihan mereka, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak bagi menentukan mana-mana individu yang layak menjadi menteri besar.

“PR tak boleh mendesak Sultan…nak paksa-paksa pilih itu atau pilih ini. Tak boleh. Itu Sultan punya kuasa.

“Kalau baginda berkenan dengan Wan Azizah, Wan Azizah jadi menteri besarlah. Rakyat atau ketua parti tak boleh paksa Sultan. Itu tak betul,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Malah katanya, Sultan juga berkuasa untuk menitahkan agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap menjawat jawatan itu buat sementara.

Dalam pada itu, beliau sempat menyentuh soal hanya satu nama yang dikemukakan PR kepada Sultan Selangor selepas nama kedua yang dicadangkan Pas, Mohamed Azmin Ali mengumumkan mengundur diri.
“Mengikut peraturan, pihak parti mesti beri sekurang-kurangnya tiga nama. Tak boleh letak satu nama sahaja.

“Lengkapkan syarat sahaja nama lain itu. Sepatutnya letaklah nama Azmin. Sultan perlu lihat siapa saja yang parti mahukan. Kebiasaannya memang beri lebih daripada satu nama. Ia (beri satu nama) seperti memaksa Sultan.

Jadi perlu bagi lebih daripada satu nama supaya Sultan boleh pilih,” katanya. Jelasnya, andai Sultan Selangor akhirnya memilih Wan Azizah atau Azmin, calon yang tidak dipilih perlu akur dengan keputusan tersebut.

“Sekiranya Sultan memilih Azizah tak apalah, Azmin sudah akur awal-awal. Kalau Azmin yang Sultan pilih, Wan Azizah kena akurlah pula. Begitulah sepatutnya.

“Walau Azmin dipilih sekalipun, saya rasa tidak timbul bantahan atau PR tidak akan keberatan,” katanya. Semalam, hasil Mesyuarat Pimpinan Pas Peringkat Pusat yang berlangsung selama 90 minit mendedahkan dua nama, Wan Azizah dan Mohamed Azmin sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu.

Namun, melalui satu sidang media PR lewat petang semalam, Azmin mengumumkan beliau akur dengan keputusan parti yang mencalonkan Wan Azizah dan menghargai keputusan Pas meletakkan namanya sebagai calon jawatan tersebut.  - Sumber

PT
Apa yang terjadi kepada Haji Hadi dan TGNA? Kenapa mereka berdua sanggup jjadi kaki lipat? Sedangkan sebelum ini mereka berdua telah membuat kenyataan menyokong TS Khalid??? Apakah hukumnya nenjadi ulama yang sentiasa membuat pusingan u??? Biarlah ahli2 Pas yang menjawabnya...

Thursday, 14 August 2014

Cubaan Ke2 Wan Jijah Menghadap Sultan Selangor. ..

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat cubaan kedua menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, dengan menghantar surat permohonan yang ditandatanganinya sendiri, lapor The Star.
Surat itu dihantar Azizah ke istana pada Selasa lalu, dikatakan mahu memberi penjelasan berhubung krisis PKR sehingga menjejaskan pentadbiran negeri Selangor, kata akhbar itu hari ini.

Laporan akhbar itu mengatakan Sultan Sharafuddin tahu tentang permohonan kedua Wan Azizah tetapi hanya akan pulang ke tanah air pada 23 Ogos ini selepas berangkat ke luar negara semalam.

Wan Azizah dalam surat pertama pada Ahad lalu mahu menghadap Sultan untuk menjelaskan isu pemecatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti, tetapi surat itu ditandatangani suaminya yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Sulit Sultan, Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataan pada Selasa berkata baginda enggan melayan permintaan Anwar dan Wan Azizah kerana sudah pun berjumpa Khalid dan mendapat penjelasan mengenai isu menteri besar.

"Sultan Selangor berpendapat pemecatan Khalid dari menjadi ahli PKR merupakan isu dalaman parti yang tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Ahli Dewan Negeri (Adun) Selangor."Baginda tidak mahu campur tangan dalam isu dalaman PKR," katanya.

Khalid pada Isnin lalu mengumumkan dirinya masih menteri besar yang sah dan akan meneruskan tugas seperti biasa selepas berjumpa Sultan Sharafuddin di Istana Alam Shah Klang dan mendapat perkenan baginda. Khalid dalam pertemuannya dengan Sultan berkata, beliau masih mendapat sokongan undi majoriti walaupun dipecat daripada PKR pada 9 Ogos lalu.

PKR memecat Khalid kerana enggan berundur daripada kedudukannya walaupun diarahkan parti yang mahu menggantikannya dengan Wan Azizah. - Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive