Thursday, 16 January 2014

Mayat Bapak Pembunuh Islam Palestin Ariel Sharon Seakan Enggan Diterima Bumi...

Isnin lalu, ketika pembunuh masyarakat Islam Palestin, Ariel Sharon hendak dikebumikan, utara Israel telah mengalami gempa bumi berukuran 3.5 skala Richter.

Di saat para pemimpin dan orang-orang kenamaan antarabangsa sedang memberi penghormatan terakhir kepada salah seorang pengasas negara Yahudi itu, penduduk utara Galilee melaporkan kepada Ynetnews.com bahawa gegaran itu mulai dapat dirasai sekitar waktu tengah hari.

Berita mengenai gempa bumi itu telah disahkan oleh Institut Geofizik Israel. Masya’Allah… apakah itu petanda bumi tidak menerima Ariel Sharon dan bayangkan azab yang menanti pemimpin Yahudi lakhnatullah berkenaan.

” SAYA bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…” Itulah antara baris ayat Ariel Sharon.

Namun di hari pengebumiannya, bumi bergegar … tahulah nasib kau sekarang kan. Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai ‘Penyembelih Beirut’ itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.

Sharon yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006 terkenal kerana kekejamannya yang dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Beirut, Lebanon.

Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut.

Ketika itu, tentera Israel menceroboh sebahagian Lebanon untuk mengusir pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin.

Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut.

Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986.-Mynewshub

PT
Demikianlah perjalanan Hukum Kebenaran dan Keadilan. Sepertimana kisah kezaliman Firaun yang tercatat di dalam Al-Quran, maka ia kini berulang ke atas manusia yang zalim dan kejam semasa ia berada di atas mukabumi Tuhan.

Bukankah kesemua ini menceritakan kebenaran Kalamullah di dalam Al-Quran? Dari kisah Firaun, Allah SWT telah ber­janji bahawa jasad Firaun akan berkekalan sehingga hari kiamat sebagai peringatan dan pengik­tibaran kepada manusia yang melampau.

Firman Allah dalam Surah Yunus ayat 92 yang bermaksud: :

"Maka pada hari ini, Kami se­lamatkan Engkau (hai Firaun) dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar) dan (ingatlah) ses­ungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda - tanda kekuasaan Kami!"

Kini Ariel Sharon. Alam seakan-akan menolak kekhadirannya di perut bumi Allah sewaktu ia hendak dikebumikan sehinggakan berlaku gempa bumi di Utara Israel. Hukuman Allah tetap berjalan....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive