Seorang guru yang mewujudkan fanpage “Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan” telah disiasat PPD dan JPN. Ia dimaklumkan dalam fanpage tersebut. Malah katanya bukan hanya PPD dan JPN yang datang tetapi pihak kementerian-KPM turut hadir.
“Rupanya bukan sekadar JPN dan PPD yang hadir, malah ada pegawai KPM yang baru sampai ke sekolah Admin.”
Siasatan dijalankan selama 1 jam 45 minit di sekolah yang tak dinyatakan.
“Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar, siasatan selama 1 jam 45 minit,” tulis admin fanpage lagi.
Berdasarkan siasatan kesalahannya kerana membuat kempen di FB.
“Kesalahan Admin sekarang ialah membuat kempen ‘MANSUH’ dasar Kerajaan Malaysia.”
Admin tersebut juga menulis;
“Andai Admin dikenakan tindakan tatatertib sekalipun, Admin redha kepada Allah s.w.t. dan setakat inilah usaha untuk memudahkan perjalanan kerja semua guru Malaysia.” - Sumber
No comments:
Post a Comment