Tuesday, 21 January 2014

Oh Malaysiaku!!! Pengarah Urusan Casmet Mohon Maaf - Isu Penyanyi Bertudung Dihalau Turun....

Penyanyi yang bertudung yang dihalau turun pentas pada 18 Januari lalu membuat laporan polis hari ini.

Marinatasha Isnariah Mustapar, 33 sebak ketika menceritakan ketika beliau diminta turun daripada pentas oleh seorang wakil syarikat yang menjemputnya menyanyi dengan alasan beliau bertudung.

Beliau yang pertama kali tampil memberi penjelasan kepada media berkata, kejadian itu tidak seharusnya berlaku di negara ini.

"Pada waktu kejadian saya telah berada di atas pentas tapi terpaksa mengemaskan peralatan di hadapan 100 orang tetamu. Anda semua boleh bayangkan bagaimana perasaaan saya pada itu.

"Saya rasa amat terhina. Perkara ini tidak seharusnya berlaku di Malaysia. Saya rasa amat malu tapi saya terpaksa akur dan turun," kata Marinatasha sebak.

Dalam pada itu Pengarah Urusan Casmet Sdn. Bhd, Tan Keh Wah memohon maaf atas kejadian yang berlaku semasa pertemuan dengan penyanyi tersebut di Bukit Damansara hari ini.

Selain itu satu perjumpaan juga akan diadakan antara Marinatasha dan Pengarah Kewangan Casmet, Sharon Yong.

"Saya minta maaf atas apa yang berlaku. Kontrak asal tidak menyembut Marinatasha sebagai penyanyi sebaliknya pihak ketiga menamakan penyanyi lain.

"Namun kita akan memenuhi permintaan Marinatasha untuk bersemuka dengan Sharon bagi mendengar penerangan dari beliau," jelas beliau dipetik Utusan Malaysia.

5 comments:

  1. Hina, caci dan maki agama Islam oleh puak2 mata sepet tapi apa tindakan pihak pdrm??? selepas mohon maaf maka kes selesai..senang betul di Malaysia...

    ReplyDelete
  2. Xpe..... ini hasil tarbiah PAS terhdp PR. Mmg berjaya sgt pak2 lebai tarbiah dieorg. Bkn jdi lebih baik...lagi terbalik ade le.

    ReplyDelete
  3. Jangan marah pada Pas dan PKR saja,kena ingat juga pada SU Umno yg dah tarik balik saman pada Tian Chua,Sebagai org Umno,malu kita di buatnya,kimak tul natang tu,hilang harga diri Umno bila sanggup berjabat tangan dgn penghina Umno.seperti TC.

    ReplyDelete
  4. Yang tergedik gedik nak menyanyi kat majlis ada hidang arak tu apahal? Jagalah maruah diri. Tengok cermin dulu sebelum melenting...

    ReplyDelete
  5. Setuju dgn anom 02:18...kalau ye pun nak menyanyi..gunalah otak dan akal...pilih majlis amal ke...ni tak..pakai tudung sebagai fesyen semata...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive