Showing posts with label singapore. Show all posts
Showing posts with label singapore. Show all posts

Tuesday, 22 April 2014

Tun M Desak Tambak Johor Dirobohkan

Tambak Johor sudah tidak lagi relevan dalam dunia moden sekarang kerana ia dilihat menyekat laluan di Selat Tebrau. Malah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Tambak Johor juga menyebabkan pelbagai masalah terutamanya melibatkan isu alam sekitar dan kesesakan lalu lintas di Johor Bahru.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya Tambak Johor dirobohkan bagi membolehkan pembinaan jambatan baru antara Malaysia dan Singapura yang dikenali sebagai ‘Jambatan Persahabatan’ seperti yang dicadangkan kerajaan.

“Jika ia adalah sebuah jambatan, adakah kita masih perlukan sebuah tambak? Tambak ini menghalang air mengalir keluar dan ia juga sangat kotor”.

“Ia menyebabkan laut menjadi sangat kotor dan terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk di Johor Bahru kerana jambatan tidak dibina,” katanya selepas menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Leaders in Today’s Society: Issues, Challenges and Way Forward’ di Universiti Teknologi Petronas di Seri Iskandar, Perak pada Rabu.

Beliau juga berharap kerajaan tidak akan membina jambatan di tempat lain dan kemudian meninggalkan Tambak Johor di tempatnya kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Johor.

“Ia (Tambak Johor) perlu dirobohkan, jika tidak tak adalah persahabatan,” katanya. Dr Mahathir juga melahirkan kekecewaan beliau berhubung pembatalan projek pembinaan ‘Jambatan Bengkok’ di Selat Johor, sebelah Malaysia menghubungkan Tambak Johor ke Singapura.

Beliau berkata sewajarnya jambatan berkenaan dibina kerana Tambak Johor menghalang pergerakan aliran air timur-barat yang boleh digunakan bagi tujuan komunikasi.

Pada 7 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan pembinaan ‘Jambatan Persahabatan’ semasa sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong selepas kedua-dua mereka mengakhiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura selama dua hari di Putrajaya.

Sumber

Saturday, 29 December 2012

WANITA INDIA MANGSA ROGOL MENINGGAL DUNIA DI SINGAPORE



SINGAPURA – Wanita India yang menjadi mangsa rogol beramai-ramai dalam sebuah bas di New Delhi sehingga mencetuskan tunjuk perasaaan di jalanan, meninggal dunia hari ini di hospital Singapura selepas mengalami kerosakan organ yang teruk, termasuk otak.

Pihak berkuasa di India dilaporkan sudah bersiap sedia kemungkinan berita kematiannya itu membawa protes dan keganasan yang lebih besar dengan polis pencegah rusuhan mula ditempatkan di ibu negara itu. Wanita berusia 23 tahun itu diterbangkan ke Singapura kelmarin selepas diserang lima lelaki dalam sebuah bas yang dinaikinya pada 16 Disember lalu.

Mangsa dilaporkan dirogol dan dipukul dengan batang keluli sebelum dicampakkan keluar dari kenderaan itu. Beberapa pengamal perubatan mengkritik mengenai keputusan memindahkan rawatan mangsa ke luar negara.

“Kami amat sedih apabila menerima berita bahawa mangsa meninggal dunia jam 4.45 pagi waktu tempatan hari ini,” kata Kelvin Loh, Ketua Eksekutif Mount Elizabeth Hospital, dalam satu kenyataan hari ini. – AFP

Sunday, 25 November 2012

PIALA AFF SUZUKI 2012 MALAYSIA VS SINGAPORE ! SIAPA JADI MAKANAN SIAPA ???



Malaysia VS Singapura : Apabila Malaysia hanya seri dengan Bangladesh dalam perlawanan persahabatan, kami ada rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan pasukan Malaysia ini. Satu keputusan yang tidak sepatutnya berlaku. Oleh itu……

Sebaiknya kami perlawanan pertama antara Malaysia VS Singapore dalam AFF Suzuki 2012 cukup penting bagi memberikan motivasi terbaik kepada mereka bagi menghadapi saingan seterusnya dalam AFF Suzuki 2012 kali ini. Yang penting…lakukan yang terbaik dan berusaha mara ke separuh akhir terlebih dulu dan apabila sudah melepasi saingan peringkat kumpulan barulah kita boleh bercerita tentang peluang menjulang kejuaraan AFF Suzuki 2012 kali ini.


Untuk pergi lebih jauh.. kemenangan perlawanan pembukaan sangat penting.
Kalau sebelum Malaysia pernah ditumbangkan dengan agreget 4-6 apabila pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2014, Malaysia tewas 3-5 kepada Singapura pada perlawanan pertama di gelanggang lawan dan gagal mencipta kebangkitan apabila sekadar seri 1-1 di depan lebih 100,000 penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kalau diikutkan saingan AFF Suzuki 2010 dua tahun lalu, Malaysia adalah juara. Tetapi, itu saingan dahulu. Kejayaan dahulu biarkan ia menjadi sejarah manis bagi penyokong setia bola sepak Malaysia. Yang penting, kekuatan, semnagat juang yang tinggi, taktikal kali ini yang menjadi pertaruhan. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive