Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

Monday, 14 October 2013

[VIDEO] Acara Baling Mikrofon!!! Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Gua Musang


Insiden baling mikrofon Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati. Gara-gara pencalonan ditolak empat perwakilan daripada Cawangan Sungai Paloh naik angin.


Kekecohan itu bermula ketika mesyuarat sedang berlangsung dan seorang wakil Wanita bangun dan menyuarakan rasa tidak puas hati kerana senarai 21 calon ahli jawatankuasa Wanita Umno bahagian ditolak pada hari penyerahan pencalonan.

Mereka menganggap pemimpin Wanita Umno bahagian keterlaluan kerana menolak pencalonan itu walaupun diserah pada jam 5.01 petang pada 21 September lalu.

Berikutan itu, seorang daripada mereka merampas mikrofon dan terus melemparkannya ke lantai sebelum mereka dipujuk seorang pemimpin Wanita supaya bersabar kerana keputusan penolak permohonan pencalonan itu diputuskan peringkat Umno Pusat.



Selepas 10 minit, keadaan kembali reda untuk memberi laluan kepada Ketua Wanita Umno bahagian itu, Datuk Wan Hazani Mohd Noor, yang menang tanpa bertanding jawatan berkenaan berucap dan menjelaskan perlembagaan Umno yang menetapkan cara baru pemilihan pemimpin tahun ini.

Perwakilan terlibat, Rohaya Abdul Gani mengakui membuat bantahan begitu kerana tidak berpuas hati dengan barisan kepimpinan Wanita Umno bahagian berkenaan.

Menurutnya, walaupun menyerahkan borang pencalonan itu lewat tetapi ia seharusnya diterima untuk menunjukkan amalan demokrasi dalam parti.

“Saya tidak setuju dengan penolakan itu kerana kita mahu ada pertandingan secara sihat bagi masa depan Melayu dalam Umno,” katanya.




Sumber juga cuba mendapatkan maklum balas daripada perwakilan yang melemparkan mikrofon itu namun, beliau enggan memberi sebarang komen.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Bahagian Gua Musang, Muhammad Shukri Abd Aziz, yang tampil memberi penjelasan itu kepada pemberita berkata, perkara itu sepatutnya tidak timbul lagi kerana borang pencalonan mereka ditolak sendiri di peringkat Pusat.

Beliau mengakui pada mulanya kumpulan seramai 21 orang, termasuk calon pencabar Ketua Wanita Umno bahagian, Siti Khadijah Mohd Noor menyerah borang pencalonan serentak pada jam 5.01 petang selepas ditutup jam 5 petang.

“Ketika menerima borang pencalonan mereka, kita sudah mengadakan mesyuarat membincangkan perkara terbabit dan semuanya memutuskan borang itu terpaksa ditolak kerana melebihi masa. Tetapi kita mengambil borang mereka untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Pemilihan Umno Negeri Kelantan.

“Selepas itu, borang itu dirujuk kepada Jawatankuasa Pemilihan Umno Peringkat Pusat, tetapi sebelum keputusan penolakan itu dibuat, Siti Khadijah membuat permohonan menarik diri daripada bertanding jawatan Ketua Wanita Umno,” katanya.

Katanya, perwakilan Wanita Umno yang masih membangkitkan perkara itu perlu faham perkara sebenarnya dan surat mengenai penolakan mereka juga sudah diterima Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Peringkat Pusat, Tajol Rosli Mohd Ghani.

Saturday, 12 October 2013

Terkini!!! Keputusan Pemilihan 3 Sayap Umno Pusat



KUALA LUMPUR: Berikut keputusan pemilihan bagi Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno peringkat pusat setakat 7.30 malam yang dikeluarkan Umno.

WANITA:

Ketua Wanita:

1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil: 15 undi

2. Raihan Suleiman Palestin: 0 undi

3. Datuk Maznah Mazlan: 0 undi

Naib Ketua Wanita:

1. Datuk Azizah Mohd Dun: 10 undi

2. Datuk Suraya Yaacob: 5 undi

PEMUDA:

Ketua Pemuda:

1. Khairy Jamaluddin: 8 undi

2. Syed Rosli Syed Harman: 0 undi

3. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi: 0 undi

4. Irwan Ambak Khalid Izhar: 0 undi

5. Abd Karim Ali: 0 undi

Naib Ketua Pemuda:

1. Khairul Azwan Harun: 3 undi

2. Mohamad Iruan Zulkefli: 2 undi

3. Jamawi Jaafar: 2 undi

4. Lokman Noor Adam: 1 undi

PUTERI:

Ketua Puteri:

1. Mas Ermieyati Samsudin: 19 undi

2. Jamilah Hanim Othman: 4 undi

Naib Ketua Puteri:

1. Zahida Zarik Khan: 10 undi

2. Norsabrina Mohd Nor: 7 undi

3. Nazliah Ali: 4 undi

- BERNAMA

#PemilihanUmno - Bahagian Pengkalan Chepa! - Pilih Calon Yang Terbaik & Layak

Hari ini berlangsung mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO peringkat bahagian secara serentak.

Pemilihan bagi jawatan-jawatan utama dan Exco Pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia juga diadakan serentak.

Gambar yang sempat dirakam semasa pemilihan sayap UMNO Bahagian Pengkalan Chepa yang sedang berlangsung.

Jadilah perwakilan yang bijak untuk memiih calon-calon yang layak untuk memimpin bagi menghadapi PRU14 yang akan datang.

Tuesday, 8 October 2013

Pas Selalu Rendah2kan Kaum Ibu???

Baru-baru ini, Ketua Penerangan PAS pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man telah membuat satu kenyataan berbaur penghinaan terhadap kaum ibu. Kenyataan yang dibuat semasa Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pahang yang ke 25 itu benar-benar meletakkan kesalahan dikalangan kaum ibu sahaja di dalam mendidik anak di dalam keluarga.


“Pentingnya peranan muslimat ialah mengambil berat tentang ibu-ibu tunggal. Ingat, kebiasaannya anak-anak akan dipengaruhi ibu. Umpamanya isteri Nabi Nuh tidak beriman, anaknya juga tidak beriman. Begitu juga dengan isteri Nabi Lut yang tak beriman, dituruti oleh anaknya.”-Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Pusat).

Seolah-olah meletakkan segala tanggungjawab diatas bahu gologan ibu, Tuan Ibrahim nampaknya terlupa bahwa institusi kekeluargaan itu harus dicorakkan oleh kesemua ahli keluarga dan tidak tertakluk kepada ibu sahaja. Lantas kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Ibrahim itu bertentangan dengan prinsip kekeluargaan di dalam Islam. Bukannya kesemua tanggungjawab diletakkan dibahu ibu sahaja.

Dengan menggunakan analogi ‘isteri nabi-nabi terdahulu sesat, maka anak-anak mereka akan sesat” adalah satu penghinaan bukan sahaja kepada golongan ibu di dunia ini, tetapi juga satu penghinaan kepada golongan nabi, kerana ia seperti merendah-rendahkan martabat nabi kononya tidak berupaya mendidik isteri-isteri mereka untuk taat kepada perintah Allah.

Selanjutnya baca [SINI]

Thursday, 14 February 2013

[FOTO] TRAGIS !!! WANITA BUNUH DIRI DI BERJAYA TIMES SQUARE

Macam-macam versi cerita keluar di facebook dan menjadi viral apabila seorang wanita berbangsa cina dikatakan bunuh diri di Berjaya Times Square. Dikatakan wanita itu jatuh dari tingkat 6 dan terhempas di ground floor berhampiran booth U Mobile pagi tadi.







KUALA LUMPUR - Pengunjung di Times Square di sini gempar apabila seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat enam kompleks tersebut di sini hari ini.

Dalam kejadian 11 pagi ini, Choo Czek Yeng, 36, maut di tempat kejadian akibat pendarahan teruk di kepala.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata polis menerima panggilan pada 11.25 pagi dan mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.

"Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya kepada Bernama melalui sistem pesanan ringkas.

Sementara itu, seorang saksi (lelaki) yang enggan dikenali berkata sebelum kejadian itu, kira-kira 10 pagi, wanita berkenaan dilihat berdiri di bahagian penghadang tingkat enam pusat beli-belah tersebut.

- Bernama

Kes ini masih dalam siasatan polis dan kami bersimpati pada keluarga mangsa. Kita nantikan berita selanjutnya nanti.

Saturday, 29 December 2012

WANITA INDIA MANGSA ROGOL MENINGGAL DUNIA DI SINGAPORE



SINGAPURA – Wanita India yang menjadi mangsa rogol beramai-ramai dalam sebuah bas di New Delhi sehingga mencetuskan tunjuk perasaaan di jalanan, meninggal dunia hari ini di hospital Singapura selepas mengalami kerosakan organ yang teruk, termasuk otak.

Pihak berkuasa di India dilaporkan sudah bersiap sedia kemungkinan berita kematiannya itu membawa protes dan keganasan yang lebih besar dengan polis pencegah rusuhan mula ditempatkan di ibu negara itu. Wanita berusia 23 tahun itu diterbangkan ke Singapura kelmarin selepas diserang lima lelaki dalam sebuah bas yang dinaikinya pada 16 Disember lalu.

Mangsa dilaporkan dirogol dan dipukul dengan batang keluli sebelum dicampakkan keluar dari kenderaan itu. Beberapa pengamal perubatan mengkritik mengenai keputusan memindahkan rawatan mangsa ke luar negara.

“Kami amat sedih apabila menerima berita bahawa mangsa meninggal dunia jam 4.45 pagi waktu tempatan hari ini,” kata Kelvin Loh, Ketua Eksekutif Mount Elizabeth Hospital, dalam satu kenyataan hari ini. – AFP

Wednesday, 28 November 2012

"Kuasa Melayu ‘Bagai Telur di Hujung Tanduk’.- Shahrizat Abdul Jalil #Pau2012



Kalau tengok sekarang ini, bersempena dengan Perhimpunan Agong UMNO 2012 yang berlangsung sekarang ini, media arus perdana tidak kira media cetak mahupun elektronik terus memberikan liputan yang cukup meluas. Sehingga kami tertanya-tanya, UMNO ada “tanam sahamkah” kepada media-media ini?

Seperti di muktamar PAS yang lalu sedikit pun ruang tidak diberikan liputan di Berita Semasa. Itu hal parti mereka. Apa-apa masalah yang persoalan yang berbangkit. Itu hal parti tersebut. Jangan sesekali melibatkan rakyat dalam masalah parti anda. Andaikata sokongan parti merosot, salahkan diri sendiri berbanding menyalah & meletakkan “beban” masalah di bahu rakyat yang tidak menyokong.

Begitu juga dengan Perhimpunan Agong Umno 2012 kali ini….

Tertarik dengan ucapan yang disampaikan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam Perhimpunan kali ini…..(Laporan Bernama)

Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil menegaskan Umno berdepan dengan cabaran getir untuk menjaga kuasa Melayu yang dianggapnya “bagai telur dihujung tanduk” selepas pilihan raya umum 2008...


Monday, 29 October 2012

FATIN AMIRA DIJERAT KASANOVA HEBAT !!!!


SEGAMAT – Bagi memenuhi selera mewahnya, seorang lelaki dari Kuala Berang, Terengganu didakwa memanipulasi mangsa-mangsanya yang dikenali melalui satu laman web mencari jodoh Myjodoh.net bagi mengaut wang mudah.

Dengan menyamar sebagai jurutera dan mendakwa mempunyai talian saudara dengan salah seorang Exco kerajaan negeri Terengganu, lelaki berkulit sawo matang dan berusia 37 tahun itu menabur janji akan berkahwin dengan mangsanya sebelum mengebas wang mangsanya.



Bagaimanapun, tidak semua kaum hawa yang mendaftar di laman web berkenaan menjadi pilihannya kerana hanya wanita bujang atau janda yang berumur antara 20-an hingga 30-an menjadi sasarannya.

Ciri-ciri wanita yang menjadi pilihannya ialah mereka yang berbadan besar, montok dan gebu.

Salah seorang daripada mangsa yang mahu dikenali sebagai Fatin Amira, 20-an mendedahkan, dia terjerat dengan permainan kotor lelaki yang dikenalinya dengan nama Marzuki pada awal tahun 2011.

“Myjodoh.net yang ‘menyatukan’ kami. Walaupun dia tidak kacak tapi bila bercakap dengannya, jantung saya berdebar-debar, hati asyik teringat. Susah nak gambarkan, pendek kata dia memang hebat bermain dengan kata-kata manis,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Sumber : kosmo

Monday, 15 October 2012

10 Bahasa Tubuh Wanita Yang Membuat Lelaki Tergoda



Godaan. Ia bagai suatu permainan 'dikejar dan mengejar'. Tetapi adakah ia tertakluk kepada kaum lelaki sahaja untuk menggoda wanita yang diminatinya? Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bagi menarik perhatian lelaki yang disukainya? Sebenarnya, ia agak mudah. Hanya bergantung kepada bahasa gerak tubuh anda.

1. Memusing kepala & menguak rambut
Ini merupakan suatu 'pergerakan yang menggoda' apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm...

2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut
Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi 'godaan bibir'. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.

3. Sedikit sentuhan tubuh
Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.

4. Jelingan atas bahu yang terangkat
Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah. Renungan itu cukup untuk memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akan renungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali. Si dia tertarik? Ambil peluang tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.

5. Usap objek bulat
Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.

6. Jengketkan pinggul anda
Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik! Jangan berputus asa jika anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.

7. Lenggokkan pinggul anda
Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak boleh berjalan begini sebab itulah lenggok wanita merupakan ciri perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah terangsang akan lenggok jalan wanita paling menggoda.

8. Dedahkan pergelangan tangan
Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat. Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada bahagian ini.

9. Kekalkan minat si dia
Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita, apatah lagi membukanya. Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. Dengan cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan minat anda.

10. Halakan lutut ke arah si dia
Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.

Sumber


Wednesday, 26 September 2012

BERKARAOKE SAMBIL BERSENDA BERSAMA GADIS SEKSI GILER !!!

SERI KEMBANGAN – Berhibur ditemani gadis genit berpakaian menjolok mata! Itu antara pakej ditawarkan pengusaha pusat karaoke di kawasan komersil Putra Walk di Taman Pinggiran Putra di sini sejak setahun lalu.


Berada di dalam pusat itu, para pengunjung dikatakan bukan sahaja boleh berkaraoke di bilik gelap namun turut dibekalkan wanita muda sebagai penyeri sekiranya mampu membayar kadar pakej khas ditawarkan.

Pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Inspektor Roslin Mohd Isa berkata, bertindak atas maklumat awam pihaknya menyerbu premis yang pernah tiga kali diserbu sejak awal tahun lalu.

Menurutnya, lima warga Vietnam dan dua penjaga berusia antara 19 hingga dan 25 tahun serta dua pelanggan ditahan dalam operasi bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) lewat malam kelmarin.

Roslin berkata, premis didapati menjalankan perniagaan secara haram dan tidak mempunyai lesen perniagaan sah daripada MPSJ.

Roslin berkata, pihaknya menolak kemungkinan berlaku aktiviti pelacuran di premis terbabit namun mengesyaki berlaku ‘tawar-menawar’ membawa wanita warga asing untuk menikmati layanan tambahan di tempat lain.

Katanya, hasil intipan sebelum ini mendapati wanita terbabit digunakan untuk berseronok dan berpelukan dengan pelanggan mereka.

“Pengusaha didapati menawarkan tiga pakej berlainan kepada pelanggan termasuk aktiviti karaoke, minuman keras dan perempuan sebagai teman bersosial.

“Bayaran dikenakan antara RM150 hingga RM350 dan pihak kami mendapat maklumat mereka menjalankan perniagaan dari jam 8 malam hingga 5 pagi,” katanya.

“Kesemua ditahan termasuk dua penjaga akan disiasat di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1963,” katanya pelanggan juga di bawa ke IPD untuk diambil keterangan.

Sementara itu, semalam MPSJ diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasa, Mazrul Zahar Mohamad mengambil tindakan menyita premis terbabit.


Sumber : mynewshub & sinarharian

Friday, 21 September 2012

WANITA ISLAM PERLU JAGA 13 PERKARA !!!




1. Bulu kening.

Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng.

Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan atau melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng, sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah.

3. Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal, kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada.

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi.

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher.

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.

Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan.

Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah:

“Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja,” – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan.

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata.

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW;

“Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram,” – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara).

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda Rasulullah SAW;

“Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi,” – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian.

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud:

“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya,” – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut.

“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya,” – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sumber: CahayaIslam.net

Thursday, 6 September 2012

ALAT SULIT WANITA DISUMBAT BUAH TASBIH OLEH BOMOH ???




Jijik apabila seorang bomoh keparat tergamak mencabul seorang wanita beranak empat yang datang ke rumahnya untuk menjalani rawatan penyakit dipercayai dirasuk makhluk halus di Sungai Buloh.
Ketika menjalani sesi rawatan syaitan itu, bomoh berusia 46 tahun itu mengarahkan wanita berkenaan berkemban dengan kain kuning dan hitam.

Wanita itu yang dipercayai dipukau hanya membiarkan bomoh terbabit memasukkan buah tasbih ke dalam kemaluannya.

Bomoh itu turut menodai alat sulit wanita berkenaan dengan tangan serta menghisap buah dada mangsa. Tidak cukup dengan perbuatan keji itu, beberapa bahagian tubuh mangsa turut ‘diterokai’ kononnya bagi mengubati penyakit dihadapinya.

Mangsa mulanya berkunjung rumah bomoh berkenaan bersama suami dan anak saudara untuk mendapatkan rawatan berkaitan makhluk halus.

Bagaimanapun, sebelum melaksanakan kerja jahatnya, suami dan anak saudara mangsa diminta membeli kemenyan di kedai berdekatan.

Ketiadaan suami dan anak saudara mangsa digunakan bomoh itu untuk menodai tubuh wanita malang yang dipercayai dipukau itu.

Kegiatan jahat bomoh itu terbongkar selepas mangsa menyedari sesuatu tidak kena pada dirinya tiga hari selepas rawatan itu.

Dia kemudian membuat laporan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, ketika mengesahkan kejadian terbabit, semalam, berkata mangsa mendapatkan rawatan daripada bomoh itu jam 11 pagi Sabtu lalu.
“Wanita itu pergi bersama suami dan anak saudaranya kerana mendakwa dirasuk hingga pengsan di tempat kerjanya.

“Mangsa mendakwa bomoh terbabit memasukkan tasbih dan jari ke dalam alat sulitnya,” katanya. Beliau berkata, ketika kejadian, suami dan anak buah mangsa tiada kerana diminta membeli kemenyan.
“Susulan laporan yang dibuat mangsa, polis memberkas seorang lelaki berusia 46 tahun bagi membantu siasatan.

“Polis turut merampas beberapa peralatan digunakan untuk proses rawatan bomoh itu, termasuk kain kuning,” katanya.

Abdul Rahim turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila mendapatkan rawatan daripada bomoh bagi mengelak menjadi mangsa cabul atau rogol.


Suspek kini ditahan reman seminggu bermula semalam.

Sumber

Friday, 27 July 2012

RENUNGAN !!! JANGAN KAHWINI WANITA YANG ADA SIFAT INI



Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki: “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.

1. Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6. Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive