Seolah-olah meletakkan segala tanggungjawab diatas bahu gologan ibu, Tuan Ibrahim nampaknya terlupa bahwa institusi kekeluargaan itu harus dicorakkan oleh kesemua ahli keluarga dan tidak tertakluk kepada ibu sahaja. Lantas kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Ibrahim itu bertentangan dengan prinsip kekeluargaan di dalam Islam. Bukannya kesemua tanggungjawab diletakkan dibahu ibu sahaja.
Dengan menggunakan analogi ‘isteri nabi-nabi terdahulu sesat, maka anak-anak mereka akan sesat” adalah satu penghinaan bukan sahaja kepada golongan ibu di dunia ini, tetapi juga satu penghinaan kepada golongan nabi, kerana ia seperti merendah-rendahkan martabat nabi kononya tidak berupaya mendidik isteri-isteri mereka untuk taat kepada perintah Allah.
Selanjutnya baca [SINI]
rasanya tidak salah utk beliau mengeluarkan kenyataan berbaur sebegitu,.sekiranya anda sering mengikuti ceramah2 agama, atau mendengar ceramah2, motivasi pasti anda tidak akan membuat kenyataan sdemikian. saya sebagai kaum wanita/ibu menganggap kenyataan ini sebagai satu nasihat atau pengajaran kepada kaum wanita agar memperbaiki diri serta keseluruhannya ahli keluarga terutamanya anak2 itu sendiri. memang perlu mengambil ibrah daripada kisah yang berlaku pada zaman nabi2 terdahulu.turut ada dinyatakan di dalam al-qur'an (surah nuh; cthnya) . peranan wanita amat penting.
ReplyDelete