Wednesday, 9 October 2013

Sudah Sampai Masanya Ahmad Mukhriz Diberi Peluang Anggotai Exco Pemuda #Mukhriz4Exco #TF4MT

Sebelum PT mengenali beliau, PT juga merasakan mungkin Dato' Ahmad Mukhriz bin Ahmad Fuad ni sombong dengan segala yang ada pada dirinya.


Maklumlah dengan pangkat dan segala kemampuan, mana mungkin anak lelaki muda yang sudah mendapat gelaran Dato ' atas segala sumbangan yang beliau berikan mahu bergaul dan berceloteh bersama sama dengan pemuda pemuda marhain.

Namun apa yang PT sangkakan itu jauh meleset sebenarnya, apabila memulakan bicara dengan pemuda dari Pekan Pahang ini ternyata beliau tidak sombong dan mahu bergaul dengan rakan rakan tidak mengira pangkat dan darjat.

Perlakuan ini telah membuatkan PT tertarik untuk menyokong beliau sebagai EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan yang akan berlangsung pada 12 Oktober nanti dan bagi Sangkakala, adalah satu kerugian jika Dato' Ahmad Mukhriz tidak diberi mandat untuk berada dalam barisan pergerakan pemuda UMNO Malaysia.

Dengan sikap ramah tamah dan tidak meninggi diri, beliau amat sesuai untuk berada di saf kepimpinan sayap UMNO tersebut.

Mungkin ada yang pernah merasakan sepertimana yang PT rasa tetapi percayalah, anggapan tersebut tidak benar sama sekali dan jika mahukan buktinya cibalah rapat dengan calon no 11 pergerakan pemuda UMNO Malaysia ini dan anda semua akan merasai kemesraan yang beliau tunjukkan terhadap rakan rakan walaupun baru sahaja mengenali beliau.

PT harap agar beliau diberi peliang untuk bersama sama membantu pergerakan pemuda UMNO Malaysia demi kebaikan seluruh ahli pemuda dan demi untuk kesinambungan survival pemuda itu sendiri. - Sumber

PT
Antara petikan kata-kata beberapa pemimpin UMNO yang mahukan golongan muda diberi peluang membarisi kepimpinan UMNO di masa hadapan...

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata golongan muda perlu diberikan peluang untuk memimpin UMNO bagi memastikan parti itu terus dapat bersaing dengan cabaran yang lebih mencabar pada masa akan datang.

Mantan Perdana Menteri Tun M menegaskan jawatan yang disandang ketika ini ada penghujungnya dan jika pemimpin itu sendiri tidak berhenti bermakna UMNO tiada pemimpin baharu untuk diketengahkan.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pula mengingatkan agar perwakilan memilih calon yang 'berjiwa rakyat' pada pemilihan parti Oktober ini, serta menepati hasrat pucuk pimpinan yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive