Sunday 27 October 2013

#PRKSgLimau - Pengarah Tadika Vs Pensyarah!!!

Pilihan Raya Kecil Sungai Limau bakal berlangsung 4 November ini menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Barisan Nasional dan juga PAS.Kedua-dua calon ini sekarang sedang giat berkempen untuk menempuh PRK ini dengan berusaha untuk memenangi hati pengundi di Sungai Limau.Mari kita lihat biografi kedua-dua calon ini,pertama kita selak latar belakang calon PAS.


Ketua Pemuda PAS Jerai,Mohd Azam Samat merupakan pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah.Beliau berumur 37 tahun dan mempunyai lima orang anak.Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyah lulusan Universiti Al Azhar Mesir dan juga memegang Diploma Pendidikan Pengajian Islam.Dalam bidang politik,selain ketua pemuda PAS Jerai,beliau juga merupakan Exco Pemuda PAS Negeri Kedah. 

Calon BN pula menampilkan Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan beliau mempunyai kelulusan tinggi selain pernah terlibat dalam parti termasuk kini sebagai Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai dan aktiviti kemasyarakatan.Ahmad Sohaimi yang merupakan pensyarah kanan Jabatan Pengajian Kemasyarakatan,Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI berasal dari Kampung Titi Batu,Guar Chempedak.

Jadi sudah jelas nampak perbezaan dua calon BN dan PAS ini,perbandingan antara Pengarah Tadika dan juga Pensyarah Kanan Universiti.Antara mereka berdua,nampaknya calon BN lebih berkredibilti untuk mentadbir Sungai Limau berdasarkan latar belakang dan pengalaman yang ada sebagai seorang pensyarah.Tinggi mana pun belajar,pengalaman adalah lebih berguna untuk mentadbir.

Berdasarkan umum calon BN yang sudah 52 tahun,rasanya beliau lebih banyak makan garam berbanding calon PAS yang baru 37 tahun.Pertaruhan PAS nampaknya kurang menggigit,tetapi tiada siapa dapat menjangka apa yang bakal terjadi.Cuma kalau pengundi bijak,mereka pasti tahu bagaimana untuk menilai dan memilih wakil rakyat mereka.

Apa yang pasti,penduduk Sungai Limau perlukan perubahan dan kemajuan di tempat mereka seiring dengan kawasan lain bagi memastikan mereka tidak ketinggalan.memang betul dan saya akui agama penting, bagaimana pula dengan pembangunan ??? Adakah itu juga dituntut dalam Islam ??? - Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive