Thursday 10 October 2013

Mengapa Pas Perlu Singkir Ustad Mat Sabu???

Penyandang Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dilihat bukan calon pilihan di kesemua enam Pas kawasan di negeri ini yang telah pun selesai bermesyuarat bagi mencadangkan calon jawatan tertinggi Pas Pusat.


Enam kawasan selesai membuat pencalonan adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman, manakala Hulu Terengganu serta Marang masih belum mencadangkan calon, sebaliknya akan diputuskan dalam mesyuarat Pas kawasan masing-masing Sabtu ini dan Khamis depan.

Kesemua enam kawasan tersebut bagaimanapun, sebulat suara melalui mesyuarat jawatankuasa Pas kawasan mengekalkan calon Presiden kepada penyandang sedia ada iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dua calon yang dilihat menjadi pilihan Timbalan Presiden setakat ini adalah, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Nik Mohd Amar mendapat empat pencalonan dari Besut, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Dungun manakala Tuan Ibrahim mendapat sokongan sebulat suara oleh Pas kawasan Kemaman dan Setiu bagi mencabar Mohamad Sabu dalam pemilihan parti itu, November depan.

Bagaimanapun, pencalonan terhadap Mohamad Sabu mungkin boleh berlaku di Hulu Terengganu dan Marang memandangkan kedua-duanya belum membuat sebarang keputusan setakat ini.

Dalam perkembangan lain, ia sekali gus memperlihatkan Pas kawasan di negeri ini lebih mengutamakan calon Timbalan Presiden daripada kalangan ulama untuk digandingkan dengan Abdul Hadi.

Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Nerus, M Shukrimun Shamsudin ketika ditanya mengenai pencalonan tersebut memberitahu, walaupun Pas kawasan memilih Nik Mohd Amar sebagai timbalan presiden, ia tidak bermakna pihaknya menolak pemimpin profesional untuk diletakkan dalam kepimpinan kedua tertinggi parti.

Selanjutnya baca [SINI]

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive