Friday, 11 October 2013

Pas Akan Kehilangan Harga Diri Di Sg Limau!!!

BADAN pengkaji politik atas talian, PoliTweet.org meramalkan Pakatan Rakyat (PR) akan mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, walaupun kajian terbaru mendapati sokongan kepada pembangkang menurun selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

Kajian terkini oleh badan itu mendapati sokongan kepada PR menurun khususnya di kalangan pengundi berusia dalam lingkungan 21 ke 64 tahun, terutama mereka yang berusia antara 25 ke 50 tahun.

"Kami mendapati sokongan kepada PR menurun kepada 6.5% iaitu daripada 63% kepada 57%.
"Bagaimanapun, PR berkemungkinan mengekalkan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil kali ini," kata PoliTweet dalam laporan hari ini.

Dalam laporan itu, PoliTweet juga mendedahkan pengundi atas pagar dan "condong kepada Barisan Nasional (BN)" semakin meningkat, berbanding kepada PR pada PRU13 lalu.

"Sokongan purata kepada PR bagi setiap pengundi menurun dengan jumlah sekitar 2.86%.
"Sokongan wanita turun 2.83% manakala lelaki menurun kepada 2.89%," kata laporan itu.

Bagaimanapun, PoliTweet berkata, jumlah penurunan sokongan 19, 202 pengundi (70.38%) tersebut masih kecil untuk diambil kira sebagai faktor utama bagi membantu BN memenangi pilihan raya di Sungai Limau.
"Namun, penurunan ini masih kecil untuk memberi kesan kepada keputusan kerana sokongan purata daripada pengundi adalah 57%.

"Majoriti yang turun antara 1 ke 7% sahaja, bermakna kebanyakan penyokong bertukar sama ada menjadi pengundi atas pagar atau kekal menyokong parti pilihan mereka," katanya.

Kaedah yang digunakan oleh PoliTweet bagi kajian yang dijalankan sama seperti yang digunakan semasa PRU13 lalu iaitu dengan memadankan keputusan saluran pusat mengundi dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU12).

Bagi kajian di Sungai Limau, badan pengkaji tersebut membuat perbandingan kiraan dengan menggunakan keputusan saluran pusat mengundi semasa PRU13 untuk memperoleh anggaran ramalan.
PRK Sungai Limau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah.

Dalam pilihan raya lalu, PAS dan Pakatan Rakyat Kedah kehilangan negeri Kedah apabila hanya berjaya mendapat 16 kerusi manakala BN memperoleh 20 kerusi DUN. Azizan memperolehi 13,294 undi menewaskan calon BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan 10,520 undi dan dua lagi calon bebas iaitu Abdullah Hashim dan Sobri Ahmad yang masing-masing hilang wang pertaruhan.

Jika PAS kalah kerusi Sungai Limau kali ini, ia bukan sahaja kehilangan kerusi tetapi kehilangan harga dirinya. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK DUN Sungai Limau akan berlangsung pada 4 November dan hari penamaan calon pada 23 Oktober ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiada hari pengundian awal dan terdapat 27, 222 orang pengundi yang akan mengundi di kawasan itu.

1 comment:

  1. UMMAH DAH TAK PERLUKAN PARTI SAMPAH UNTUK MENJAGA BANGSA UMMAH......DEMI ALLAH PAS PASTI K.O DI SUNGAI LIMAU NANTI....ALLAH TAK AKAN IZINKAN PARTI SESAT MEMERINTAH.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive