Showing posts with label mukhriz. Show all posts
Showing posts with label mukhriz. Show all posts

Friday, 11 October 2013

Pas Akan Kehilangan Harga Diri Di Sg Limau!!!

BADAN pengkaji politik atas talian, PoliTweet.org meramalkan Pakatan Rakyat (PR) akan mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, walaupun kajian terbaru mendapati sokongan kepada pembangkang menurun selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

Kajian terkini oleh badan itu mendapati sokongan kepada PR menurun khususnya di kalangan pengundi berusia dalam lingkungan 21 ke 64 tahun, terutama mereka yang berusia antara 25 ke 50 tahun.

"Kami mendapati sokongan kepada PR menurun kepada 6.5% iaitu daripada 63% kepada 57%.
"Bagaimanapun, PR berkemungkinan mengekalkan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil kali ini," kata PoliTweet dalam laporan hari ini.

Dalam laporan itu, PoliTweet juga mendedahkan pengundi atas pagar dan "condong kepada Barisan Nasional (BN)" semakin meningkat, berbanding kepada PR pada PRU13 lalu.

"Sokongan purata kepada PR bagi setiap pengundi menurun dengan jumlah sekitar 2.86%.
"Sokongan wanita turun 2.83% manakala lelaki menurun kepada 2.89%," kata laporan itu.

Bagaimanapun, PoliTweet berkata, jumlah penurunan sokongan 19, 202 pengundi (70.38%) tersebut masih kecil untuk diambil kira sebagai faktor utama bagi membantu BN memenangi pilihan raya di Sungai Limau.
"Namun, penurunan ini masih kecil untuk memberi kesan kepada keputusan kerana sokongan purata daripada pengundi adalah 57%.

"Majoriti yang turun antara 1 ke 7% sahaja, bermakna kebanyakan penyokong bertukar sama ada menjadi pengundi atas pagar atau kekal menyokong parti pilihan mereka," katanya.

Kaedah yang digunakan oleh PoliTweet bagi kajian yang dijalankan sama seperti yang digunakan semasa PRU13 lalu iaitu dengan memadankan keputusan saluran pusat mengundi dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU12).

Bagi kajian di Sungai Limau, badan pengkaji tersebut membuat perbandingan kiraan dengan menggunakan keputusan saluran pusat mengundi semasa PRU13 untuk memperoleh anggaran ramalan.
PRK Sungai Limau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah.

Dalam pilihan raya lalu, PAS dan Pakatan Rakyat Kedah kehilangan negeri Kedah apabila hanya berjaya mendapat 16 kerusi manakala BN memperoleh 20 kerusi DUN. Azizan memperolehi 13,294 undi menewaskan calon BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan 10,520 undi dan dua lagi calon bebas iaitu Abdullah Hashim dan Sobri Ahmad yang masing-masing hilang wang pertaruhan.

Jika PAS kalah kerusi Sungai Limau kali ini, ia bukan sahaja kehilangan kerusi tetapi kehilangan harga dirinya. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK DUN Sungai Limau akan berlangsung pada 4 November dan hari penamaan calon pada 23 Oktober ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiada hari pengundian awal dan terdapat 27, 222 orang pengundi yang akan mengundi di kawasan itu.

Sunday, 6 October 2013

PRK Sg Limau - Mukhriz vs Mahfuz...Siapa Lebih Hebat???

Penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau akan diadakan kira-kira dua minggu akan datang.

Sehingga kini, kedua-dua parti, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat sudah giat memperkemaskan jentera masing-masing untuk berdepan pilihan raya kecil pertama di negeri Jelapang Padi itu selepeas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)

Pilihan raya kecil DUN Sg Limau merupakan yang pertama untuk Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan juga untuk Pesuruhjaya PAS Kedah yang baharu, Datuk Mahfuz Omar. Keduanya, Mukhriz dan Mahfuz mengakui pilihan raya kecil ini merupakan satu cabaran besar untuk mereka memandangkan ia bakal memberi makna tersendiri.

Bagi Mukhriz, jika calon BN yang diwakili oleh UMNO berjaya merampas kerusi DUN Sungai Limau, ia merupakan satu kejayaan besar memandangkan ia merupakan antara kubu kuat PAS di Kedah. Sejak lima penggal lepas, kerusi tersebut dimenangi oleh PAS dengan calon yang amat digeruni kawan dan lawan, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 pada pilihan raya umum ke-13, Mei lalu selepas mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali dari BN dengan majoriti 2,774 undi.

Mukhriz berkata BN yang kini mentadbir Kedah ingin membawa pembangunan pesat ke Kedah dan semua itu mudah dilaksanakan sekiranya semua kawasan termasuk DUN Sungai Limau berada di bawah BN.

"Gandingan antara dua ini (kerajaan pusat dan negeri) diharapkan membawa pembangunan dan kemajuan bagi negeri Kedah," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi memperkenalkan calon bagi pemilihan peringkat tertinggi UMNO di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai ciri yang perlu ada pada calon BN untuk merampas kerusi itu, Mukhriz berkata antara faktor penting dalam pilihan raya sama ada kecil atau umum ialah apa yang calon dan BN telah lakukan selama ini.

Sementara bagi Mahfuz pula, cabaran yang beliau hadapi selain untuk mengekalkan kerusi DUN tersebut adalah kemenangan dalam pilihan raya kecil itu akan menentukan juga nasib PAS pada PRU14 nanti.

Ramai yang berpendapat, ini merupakan medan terbaik untuk PAS Kedah menilai kekuatan parti itu selepas kehilangan negeri yang mereka tadbir lima tahun sebelum ini. Kelemahan pentadbiran Pakatan Rakyat yang diketuai PAS di Kedah dikatakan antara punca yang menyebabkan rakyat menolak mereka pada PRU13 yang lalu.

Dalam satu temubual bersama The Malaysian Insider, Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Mohd Hisomudin Bakar, berkata selepas PAS kehilangan Kedah dalam PRU13 lalu, dua isu penting dijadikan sebab bagaimana ia boleh berlaku.

"Satu kerana perpecahan dalaman antara Azizan dan musuhnya dalam PAS, yang kedua kerana kegagalan PAS Kedah dalam melaksanakan dasar negeri yang dilihat tidak melata.

"Jika PAS kalah lagi dalam pilihan raya ini, Mahfuz yang mengambil alih jawatan dari Azizan bakal berhadapan dengan trauma besar," katanya. Ilham Centre terlibat dalam membuat kajian lapangan sebelum membuat cadangan manifesto Pakatan Rakyat menjelang PRU13  Mei lalu dan Kedah adalah antara negeri yang dikaji Ilham Centre.

Sejak 2012, Hisomudin berkata, pihaknya sudah mengesan bibit ketidakpuasan hati golongan yang pertama kali menyokong Pakatan Rakyat di Kedah pada pilihan raya 2008 terhadap kerajaan negeri.

"Perpecahan dalaman menolak penyokong atas pagar ini lari dari Pakatan Rakyat di Kedah walaupun penyokong tegarnya kekal," katanya kepada The Malaysian Insider.

Oleh itu, PRK itu sangat penting bagi kepimpinan baru PAS Kedah untuk menang. Pentingnya pilihan raya kecil ini kepada PAS sudah jelas, malah keran pentingnya kepada PAS, ada yang menulis begini; "PRK Sungai Limau ialah maruah PAS Kedah dan juga maruah arwah Tan Sri Ustaz Azizan Razak."

Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive