Sunday, 6 October 2013

K-Pop RM1.6j vs Artis Malaysia RM1.60 Sen - Zed Zaidi

Presiden Seniman, Zed Zaidi dikatakan pernah mempertikaikan bayaran RM1.6 juta untuk artis K-Pop -U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet tahun lalu. Namun begitu dia berjaya disenyapkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan pada ketika itu kerana dimaklumkan ada penaja yang menanggung perbelanjaan mereka.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan perbelanjaan itu sebenarnya ditanggung kerajaan dengan kos RM1.6 juta ternyata mengejutkan industri seni. Zed Zaidi berkata, tindakannya itu ternyata berasas apabila sudah terang lagi bersuluh ia adalah satu pembaziran dalam program berkenaan.

“Bayangkan dengan peruntukan RM1.6 juta, KBS ketika itu boleh membayar kepada kita-kira 1 juta artis Malaysia.”

Malah peruntukan RM1,000 untuk penyanyi solo dan RM3,000 untuk berkumpulan untuk artis tempatan juga boleh dinaikkan jika mereka ada peruntukan sebanyak itu.

“Ketika saya mempertikaikan dahulu, wakil KBS beri alasan tindakan mereka bawa artis Korea adalah untuk menarik belia dari kaum Cina. Tapi pada saya, mereka sepatutnya mempertaruhkan artis Cina tempatan untuk persembahan, apatah lagi, artis Korea bukannya membawa budaya yang elok,” dipetik Sinar Harian.

“Malah, sepatutnya kerajaan sendiri mengutamakan artis Malaysia dan saya sokong tindakan KBS yang sudah memansuhkan kemasukan artis Korea dalam program belia selepas ini,” ujarnya kepada Zass.

Zed Zaidi juga berkata sepatutnya SPRM boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai kerajaan yang didapati membelanjakan wang lebih daripada yang sepatutnya. Cantiklah Zek Zaidi dah mengutuk pembaziran tersebut, sekurang-kurangnya pengundinya melihat dia berani bersuara.

Namun sempoi sedikit la calon Exco Pemuda Umno ni, takkan artis Malaysia nak diberi RM1.60 untuk setiap persembahan. Lihat ayatnya, “dengan peruntukan RM1.6 juta, KBS ketika itu boleh membayar kepada kita-kira 1 juta artis Malaysia”. Tak apalah, mungkin dia nak sebut seribu, mungkin juga dia tengah bersemangat nak bersuara!

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive