Apapun sebelum kita menilai seseorang kita harus mengenali individu tersebut dari pelbagai segi dan adakah individu tersebut benar-benar layak untuk duduk seiring dengan para pemimpin lain yang seangkatan dengannya. Jadilah seorang perwakilan yang bijak dan pemilihan ini untuk menzahirkan barisan pemimpin muda untuk menyahut cabaran yang akan datang.
1) Tahun 2009: Pemuda dari Pekan yang dikenali sebagai Mukhriz Fuad ini dikesan bekerja keras berkempen untuk BN di Pilihanraya Kecil Permatang Pasir.
2) Sekitar Tahun 2011: Mukhriz Fuad dikesan aktif menyusun dan melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan di seluruh Parlimen Pekan yang melibatkan golongan belia, selain menjayakan Sambutan Hari Belia dan Karnival Youthnity 2011.
3) Tahun 2012: Mukhriz Fuad dikesan terlibat dalam demonstrasi jalanan bagi membantah filem yang menghina Islam, The Innocence of Muslim yang didalangi NGO 'rasis' seperti PERKASA dan JATI. Beliau juga dikurniakan gelaran DATO' pada usia 33 tahun sekitar penghujung tahun ini.
4) Tahun 2013: Dikesan bekerja keras berkempen bagi kemenangan BN di Parlimen Pekan dan Negeri Pahang.
Jelas sekali, tidak seperti apa yang disangkakan, calon EXCO Pemuda No 11 ini bukannya muncul secara 'tiba-tiba' ketika musim Pemilihan UMNO 2013 ini. Beliau tampak telah bekerja keras membina asas perjuangannya sebagai anak muda bermula dari tempat asal beliau sendiri, dan kini menawarkan khidmat baktinya di peringkat Pusat pula.
Bukankah testimoni di atas telah melayakkan beliau beyond reasonable doubt untuk diberikan peluang sebagai pemimpin pelapis kerana berupaya bekerja keras atas hasil usaha sendiri, tanpa perlu menumpang nama tokoh tertentu? - Sumber
Akhir kata, diucapkan selamat mengundi dan memilih kepada seluruh perwakilan seluruh Malaysia. Kuasa memilih calon-calon berada ditangan anda semua. Pastikan pemilihan UMNO 2013 ini tidak berlalu sia-sia. Bijak memilih dan pastikan yang terbaik untuk pemilihan kali ini. Untuk semua sahabat jangan lupa dan pastikan sokongan padu untuk Dato Ahmad Mukhriz untuk salah seorang Exco Pemuda!!!!
No comments:
Post a Comment