Thursday 3 October 2013

Terbaik!!! Penjelasan Ds @SHABERYC Tentang Konsert K-POP RM1.6 Juta Didedahkan!!!

PUTRAJAYA 22 Mei 2012 - Kementerian Belia dan Sukan menerima tajaan lebih RM20 juta daripada pihak swasta bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012 yang akan berlangsung selama lima hari bermula esok hingga 27 Mei depan.Menterinya,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata,berdasarkan jumlah itu,sumbangan­ syarikat swasta pada sambutan Hari Belia Negara 2012 kali ini lebih besar berbanding yang dibelanjakan kerajaan.

“Perbelanjaan kerajaan untuk sambutan Hari Belia Negara kali ini lebih kecil berbanding apa yang dibelanjakan oleh syarikat swasta.Ini adalah reaksi positif yang menunjukkan usaha-usaha kerajaan untuk memartabatkan belia negara mendapat sambutan dan sokongan ramai.Tahun lalu kita terima tajaan daripada pihak swasta sebanyak RM15 juta manakala tahun ini jumlah itu bertambah RM5 juta dan saya yakin, ia akan semakin meningkat,” katanya pada Majlis Penyerahan Penajaan daripada Penaja-Penaja Sambutan Hari Belia Negara 2012-Himpunan Jutaan Belia kepada KBS. - Sinar Harian

Inilah wang tajaan yang diperolehi oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012.Wang tajaan dimasukkan ke dalam akaun MSN bagi melancarkan pengurusan Hari Belia Negara.Dakwaan pihak AG Audit yang menyatakan KBS membayar KPOP pada Hari Belia Negara dengan jumlah RM 1 juta 600 ribu adalah benar kerana ianya adalah dari wang tajaan.Pihak AG Audit culas dalam menjelaskan pekara sebenar kerana Wang Sumbangan yang dimasukkan ke dalam Akaun Majlis Sukan Negara tidak dinyatakan oleh pihak Audit Negara sebaliknya hanya mengambil kira wang yang keluar dari akaun KBS.

RM 20 Juta Wang Tajaan bagi menjayakan Hari Belia Negara dan ianya terbukti bahawa tidak ada Wang Rakyat dibazirkan sepertimana dakwaan pihak Pakatan Pembangkang yang hanya mengikut rumusan pendek laporan Pihak Audit Negara.Moga Rakyat celik mata dengan pekara ini,kita juga tidak mahukan pembaziran sepertimana laporan Audit negara tentang pembelian mesin Scanner beharga RM14 Ribu seunit.Tetapi dalam isu Kementerian Belia dan Sukan ianya tidak pembaziran Wang Rakyat sebaiknya adalah Wang Tajaan dari syarikat Koporat dalam dan luar negara yang mengambil bahagian pada Hari Belia Negara.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive