Monday, 7 October 2013

Kelantan Ajar JDT 8 Gol Untuk RM80K???


KALAH menang main bola itu adatlah, tapi kalau kena sampai 6 gol, itu memang masalah banyak tu. Lagipun bukan kita cakap pasal pasukan cikai-cikai yang bayar gaji ikut garis panduan FAM tau, tapi berkali ganda lebih tinggi dari itu, yang cecah RM 80,000 pun ada.

Dek tingginya purata gaji dalam JDT, ada seorang isteri pemainnya yang pandang rendah semua orang hanya kerana mereka tak bergaji sebanyak macam suaminya.

Tapi malam tadi, Kelantan tunjuk kepada isteri pemain terbabit, bermaknakah gaji RM 80,000 untuk lakinya itu bila JDT kena 6 gol oleh Kelantan. Itu hari di Larkin dah kena 2 gol, tambah 6 gol malam tadi, 8 gol - elokla sangat angka 8 tu, RM 80,000 sebulanlah katakan.

Penulis jangka, untuk cover malu, pengurusan pasukan tersebut akan kaitkan dengan isu rasuah bola yang sebelum ini pasukan seperti Perak dan Kedah. Dan sememangnya itu yang sepatutnya dibuat sebab penulis sendiri tak yakin pasukan yang berstatus bintang ini, main macam budak sekolah baru jumpa bola.

Mesti ada yang tidak kena.

Penulis faham, bukan semua pemain dalam JDT yang gajinya berpuluh ribu sebulan, tapi takkanlah begitu teruk sekali mutu permainannya. Kalau penjaga gol gugup sebab ganti penjaga gol utama di saat akhir (kematian anak), defend yang 4 orang tu takkan gugup juga?

Defend satu hal, yang midfield pun gugup juga ke? Forward yang dibarisi antaranya pemain bergaji RM 80,000 sebulan pun gugup juga ke? Pendek kata, main bola ini permainan sepasukan, takkan sebab satu pemain, semua orang tak berfungsi?

Jadi penulis katakan, untuk musim depan, kaji balik bayaran yang tak masuk akal untuk pemain ni. Belum tentu pun mutu permainan meningkat kalau pemain dibayar gaji tinggi. Semalam adalah buktinya, bukan setakat kalah, tapi kalah besar.-Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive