Thursday, 3 October 2013

Obama Hantar Wakil Ke Malaysia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama terpaksa menangguhkan lawatan kerjanya ke Malaysia berikutan krisis penutupan operasi pentadbiran negara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Obama yang dijadual mengadakan siri lawatan kerja ke negara-negara Asia Tenggara termasuk menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global di negara ini hanya akan menghantar wakilnya.

"Pagi tadi saya telah menerima panggilan daripada Obama yang menyampaikan kepada saya, kerajaan dan rakyat Malaysia bahawa berikutan keadaan yang sedang berlaku di sana khususnya mengenai permasalahan yang membawa kepada penutupan sebahagian agensi kerajaan dan cabaran beliau untuk menaikan kadar siling hutang negara pada 17 Oktober ini, beliau tidak dapat melakukan lawatan ke sini.

"Berikutan itu, beliau mewakilkan Setiausaha Negaranya, John Kerry, Wakil Perdagangan AS, Michael Froman dan Setiausaha Perdagangan AS, Penny Pritzker menggantikannya," katanya.

Najib berkata demikian selepas melancarkan Perluasan Pusat Penyelenggaraan, Pembaikan dan Pemulihan Sepang Aircraft Engineering (SAE) di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Airbus, Fabrice Bregier dan Pengasas SAE, Datuk Syed Budriz Putra.

Semalam Pejabat Pengurusan dan Bajet White House terpaksa mengarahkan sebahagian agensi kerajaan AS ditutup selepas Kongres gagal meluluskan satu bajet persekutuan khas bagi mengelak kegagalan fungsi kerajaan.

Ekoran itu, beberapa agensi kerajaan itu diarah melaksanakan rancangan penutupan ekoran ketiadaan peruntukan dan dalam masa sama penutupan itu turut memberi kesan kepada kira-kira 800,000 kakitangan yang diberikan cuti tanpa gaji sehingga bajet tersebut diluluskan.

Mengulas lanjut perbualan itu, Najib berkata, Obama tetap berhasrat melawat negara ini pada masa akan datang dan kerajaan akan menentukan masa sesuai untuk lawatan tersebut.

Tambah beliau, Presiden AS itu turut menghargai peranan yang dimainkan Malaysia dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Ditanya kesan kepada ekonomi negara berikutan krisis yang sedang berlaku di AS, Najib berkata, untuk jangka masa pendek krisis tersebut tidak memberi sebarang kesan kepada Malaysia.

Namun, katanya, masih terlalu awal untuk meramal kesan jangka panjang dan kerajaan akan memantau situasi tersebut dengan lebih dekat.

"Tetapi kita tidak tahu berapa lama penutupan ini akan berlaku dan kesan lebih teruk akan berlaku pada 17 Oktober ini jika mereka tidak menilai semula kadar hutang siling itu yang boleh menyebabkan krisis ekonomi berlaku di AS.

"Krisis ekonomi itu juga akan memperlahankan ekonomi dan lebih teruk boleh menyebabkan kemelesetan ekonomi yang bukan sahaja berlaku di AS, malah memberi tempias kepada Malaysia," katanya.

Sementara itu, mengulas kesan terhadap Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik (TPPA) yang mana AS merupakan salah sebuah negara terlibat, Najib berkata, krisis yang sedang dihadapi negara tersebut tiada kena-mengena dengan TPPA.

2 comments:

  1. Sebab Anwar gagal jadi PM maka obama tidak jadi datang untuk angkat tangan Anwar di depan rayaat malaysia. Anwar telah hilang .......kemana ya ..1umpapenganas kiram ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak pendapat tuan...obama datang pun sebab anwar...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive