Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama terpaksa menangguhkan lawatan kerjanya ke Malaysia berikutan krisis penutupan operasi pentadbiran negara itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Obama yang dijadual mengadakan siri lawatan kerja ke negara-negara Asia Tenggara termasuk menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global di negara ini hanya akan menghantar wakilnya.
"Pagi tadi saya telah menerima panggilan daripada Obama yang menyampaikan kepada saya, kerajaan dan rakyat Malaysia bahawa berikutan keadaan yang sedang berlaku di sana khususnya mengenai permasalahan yang membawa kepada penutupan sebahagian agensi kerajaan dan cabaran beliau untuk menaikan kadar siling hutang negara pada 17 Oktober ini, beliau tidak dapat melakukan lawatan ke sini.
"Berikutan itu, beliau mewakilkan Setiausaha Negaranya, John Kerry, Wakil Perdagangan AS, Michael Froman dan Setiausaha Perdagangan AS, Penny Pritzker menggantikannya," katanya.
Najib berkata demikian selepas melancarkan Perluasan Pusat Penyelenggaraan, Pembaikan dan Pemulihan Sepang Aircraft Engineering (SAE) di sini hari ini.
Yang hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Airbus, Fabrice Bregier dan Pengasas SAE, Datuk Syed Budriz Putra.
Semalam Pejabat Pengurusan dan Bajet White House terpaksa mengarahkan sebahagian agensi kerajaan AS ditutup selepas Kongres gagal meluluskan satu bajet persekutuan khas bagi mengelak kegagalan fungsi kerajaan.
Ekoran itu, beberapa agensi kerajaan itu diarah melaksanakan rancangan penutupan ekoran ketiadaan peruntukan dan dalam masa sama penutupan itu turut memberi kesan kepada kira-kira 800,000 kakitangan yang diberikan cuti tanpa gaji sehingga bajet tersebut diluluskan.
Mengulas lanjut perbualan itu, Najib berkata, Obama tetap berhasrat melawat negara ini pada masa akan datang dan kerajaan akan menentukan masa sesuai untuk lawatan tersebut.
Tambah beliau, Presiden AS itu turut menghargai peranan yang dimainkan Malaysia dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Ditanya kesan kepada ekonomi negara berikutan krisis yang sedang berlaku di AS, Najib berkata, untuk jangka masa pendek krisis tersebut tidak memberi sebarang kesan kepada Malaysia.
Namun, katanya, masih terlalu awal untuk meramal kesan jangka panjang dan kerajaan akan memantau situasi tersebut dengan lebih dekat.
"Tetapi kita tidak tahu berapa lama penutupan ini akan berlaku dan kesan lebih teruk akan berlaku pada 17 Oktober ini jika mereka tidak menilai semula kadar hutang siling itu yang boleh menyebabkan krisis ekonomi berlaku di AS.
"Krisis ekonomi itu juga akan memperlahankan ekonomi dan lebih teruk boleh menyebabkan kemelesetan ekonomi yang bukan sahaja berlaku di AS, malah memberi tempias kepada Malaysia," katanya.
Sementara itu, mengulas kesan terhadap Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik (TPPA) yang mana AS merupakan salah sebuah negara terlibat, Najib berkata, krisis yang sedang dihadapi negara tersebut tiada kena-mengena dengan TPPA.
Showing posts with label Obama. Show all posts
Showing posts with label Obama. Show all posts
Thursday, 3 October 2013
Friday, 16 November 2012
BETULKAH KETUA SAINTIS ISLAM FAKTOR KEMENANGAN OBAMA ???
twitter, e-mail dan sebagainya, saya pun tertarik, kerana takkan tak cukup dengan kempen di TV, kerana dia seorang Presiden sebelum ini.
Faktor kedua kemenangan Obama menurut rakan saya lagi ialah pesaingnya iaitu Mitt Romney melakukan serangan peribadi terhadap Obama, sedangkan Obama sepanjang kempennya hanya menjelaskan dasar-dasar yang akan dilakukannya sekiranya diberi
mandat sekali lagi untuk menerajui negara. Motto kempennya ialah bukan memberitahu rakyat jasa-jasa beliau sebelum ini , tapi memberitahu rakyat bahawa masih banyak lagi kerja untuk dilakukan untuk masa depan negara iaitu “We've Got More Work To Do”.
Saya pun carilah dalam internet siapa yang mengetuai atau merupakan “master mind” kempen Obama. Rupa-rupanya Obama telah melantik seorang Islam untuk menjadi Ketua Saintis dalam jentera kempen beliau. Ketua Saintis Islam ini berumur
awal 30an, mendapat pendidikan awal di negara asal beliau di Asia berhampiran Malaysia, mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian Tertinggi dalam Matematik dan Sains Komputer serta Ijazah Sarjana dalam Penerokaan Ilmu dan Pengkajian Data (Knowledge Discovery and Data Mining) dari universiti terkemuka di Amerika Syarikat.
Ketua Saintis Islam ini telah melakukan banyak kajian, banyak maklum balas, banyak dapatan, menggunakan kaedah saintifik dan sebagainya untuk mengolah dan membentuk keseluruhan jentera kempen Obama, seolah-olah macam siri TV Numbers.
Dari olah data dan nombor banyak kes jenayah dapat diselesaikan dalam siri TV Numbers.
Beberapa minit selepas kemenangan Obama,Obama telah tweet kepada peminatnya dengan gambar beliau memeluk isteri kesayangan beliau Michelle. Tweet Obama ini mendapat respon yang begitu banyak sehingga memecah rekod dunia serta mengalahkan tweet beberapa selebriti terkenal antaranya Justin Bieber.
Tidak sampai seminggu kemenangan Obama, Ketua Pengarah CIA telah meletakkan jawatan, seorang Ketua Pengarah CIA yang sebelum ini mengetuai tentera Amerika Syarikat yang melakukan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq. Adakah perletakan
Ketua Pengarah CIA yang tidak pernah berlaku sebelum ini ada kaitan dengan kemenangan Obama? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Jadi kepada pemimpin politik di Malaysia, contohilah Obama, yang sepanjang kempen tidak melakukan serangan peribadi, tidak mengingatkan rakyat agar mengenang jasa-jasa mereka sebelum ini, sebaliknya mengajak rakyat bersama memacu negara
dengan perasaan kasih sayang terutamanya dengan keluarga sendiri, isteri sendiri serta menerangkan secara terperinci dasar-dasar mereka. - Sumber
Labels:
Amerika Syarikat,
Mitt Romney,
Obama
Wednesday, 7 November 2012
OBAMA MENANG LAGI KEKAL PRESIDEN AMERIKA
Kira-kira 120 juta rakyat Amerika dijangka membuang undi dalam pertembungan kali ini yang dibuat ketika ekonomi Amerika sedang sakit.
Labels:
Amerika,
Mitt Romey,
Obama,
presiden
Friday, 31 August 2012
SURAT OBAMA KEPADA MALAYSIA - HAPPY MERDEKA DAY !!!
Apakah Yang Kita Faham Tentang Kemerdekaan?Surat Daripada Presiden Obama, Amerika Syarikat Kepada Malaysia.
"As you celebrate this special day, know that the United States is a partner and friend. I wish all Malaysians around the world a Happy Merdeka Day. Selamat Hari Kemerdekaan"
"On behalf of President Obama and the people of the United States, I am delighted to send best wishes to the Malaysian people as you celebrate your 55th Independence Day this Aug 31."
"The United States and Malaysia share strong bonds of family and friends."
This year, our two countries are celebrating the 50th anniversary of the Peace Corps programme in Malaysia, a programme that has laid a foundation of friendship and goodwill between our people."
We are proud of our new Fulbright English Teaching Assistant Programme that brings talented young Americans to help teach English in Malaysian schools."
I look forward to working together to expand US-Malaysia trade, investment, educational and cultural relations to bring greater prosperity to both our people."
Sumber : www.adukakiasutama.com
Labels:
Hari Kemerdekaan,
Hilary Clinton,
Obama,
PM
Subscribe to:
Posts (Atom)
ENTRI POPULAR
-
Gambar hiasan "Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetap...
-
SUNGAI BESAR – Calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menunaikan tanggungjawabn...
Blog Archive
-
▼
2016
(28)
-
▼
June
(28)
- Waibi Budiman Tunaikan Tanggungjawab @PRK Sg Besar...
- BN Bakal Rampas Selangor Jika Menang @PRK Sg Besar...
- Awas!!! Taktik Sampah Pembangkang Di Saat Akhir!!!...
- Kerajaan BN Abaikan Kebajikan Nelayan@Sg Besar #pr...
- Pemimpin Pas Layak Jadi Tukang Karut??? #prkSgBesa...
- Muktamad!!! Azmin Rela Karam Bersama Amanah @PRK S...
- Panas!!! 4000 Cina DiAngkut @PRK Sg Besar Demi Kem...
- Pas Nganga Mulut!!! MB Selangor Sokong Pan???#prkS...
- Hormati Suara Dan Teguran Rakyat-Annuar Musa #prkS...
- YB Budiman Yang Sangat Budiman!!!#prkSgBesar #SCS9...
- Amanah Tabur Janji Kosong??? - Pas #prkSgBesar #SC...
- Biar Betul!!! Hj Hadi Jual Agama @PRK Sg Besar #pr...
- Fokus Utama YB Budiman Hanya Untuk Kesejahteraan R...
- Pelik!!! Nelayan Sekinchan Terabai Di Bawah BN #pr...
- Kekalahan Amanah Semakin Hampir @PRK Sg Besar-Nuru...
- 'Kepala Perang' Ghaib @PRK Sg. Besar #prkSgBesar #...
- Tidak Perlu Pecah Kepala Berfikir @PRK Sg Besar -T...
- Pas Tidak Mampu Untuk Menang @PRK Sg Besar - Amana...
- Azmin Bantu Kempen Calon BN @PRK Sg Besar??? #prkS...
- Panas!!! Calon BN Sg Besar Sombong??? #prkSgBesar ...
- Rugi Jika Pilih Calon Pakatan Harapan #prksgbesar ...
- Tahniah!!! Pas Sudah Mula Menipu #prkSgBesar #SCS9...
- Billboard 'Cina Babi'??? Polis Akan Panggil Tony P...
- YB Budiman Pilihan Yang Tepat Untuk Penduduk Sg Be...
- Petanda Pembangkang Bakal Bungkus Di Sg Besar #prk...
- Azmin Tersepit Di Antara Pas Dan Pan. Kemenangan B...
- Pastikan Kemenangan Milik YB Budiman #prksgbesar #...
- Hot!! Hari Malang Buat Teresa Kok!! Terima Hadiah ...
-
▼
June
(28)
Blog Archive
- June (28)
- January (3)
- December (15)
- October (10)
- September (36)
- August (35)
- July (23)
- June (11)
- May (21)
- April (16)
- March (117)
- February (24)
- January (16)
- December (12)
- November (19)
- October (78)
- September (36)
- August (12)
- July (41)
- June (63)
- May (65)
- April (98)
- March (240)
- February (74)
- January (109)
- December (103)
- November (96)
- October (109)
- September (232)
- August (188)
- July (200)
- June (99)
- May (172)
- April (257)
- March (69)
- February (5)
- January (12)
- December (2)
- November (3)




