Tuesday 15 October 2013

Dr Maza Harap Tiada Provokasi Terhadap Keputusan Mahkamah

MELAKA: Jangan ada provokasi terhadap keputusan mahkamah melarang penggunaan kalimah Allah untuk majalah mingguan The Herald, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurutnya, larangan berkenaan hanya diputuskan untuk majalah berkenaan yang dikeluarkan dalam versi Bahasa Melayu.

Menurutnya, penggunaan kalimah Allah tidak menjadi masalah seperti yang tertulis di dalam Al-Quran dan Hadis.

Manakala, kalimah Allah turut digunakan Bible di negara Indonesia selain di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Surau Taman Krubong Perdana, Melaka.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan menerusi panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan kerajaan dan Menteri Dalam Negeri berhubung larangan berkenaan.

Antaranya penggunaan kalimah Allah di majalah berkenaan berpotensi menggugat rentak kehidupan masyarakat negara ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive