Thursday, 3 October 2013

HANGAT!!! Tun M Kata Stop BR1M 3.0???


Tun Dr. Mahathir Mohamad @ Che Det walaupun umurnya sudah pun mencecah hampir 90 tahun

Tetap masih aktif dan acapkali berkongsi pendapat yang adakalanya ditentangkan oleh pihak lawan mahupun kawan. Tetapi banyak juga pendapat yang boleh dipertimbangkan terutamanya menjelang pembentangan (Bajet 2014) tidak lama sahaja lagi…

NASIHAT CHE DET KEPADA PM NAJIB RAZAK & KERAJAAN MALAYSIA

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014, dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan. Che Det lebih suka kerajaan lebih fokus untuk mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka berbanding memberikan imbuhan seperti BR1M semata
“Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja".
“Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi,” katanya sambil menambah: “Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan.”

BR1M 3.0 VS SUBSIDI MINYAK?

Maknanya di sini, Che Det lebih gemar dengan pendekatan memberikan joran kepada rakyat berbanding memberikan ikan secara terus kepada rakyat. Sekurang-kurangnya dengan memberikan joran dan peralatan serta kemudahan latihan yang diberikan kepada rakyat contohnya memberikan peluang untuk rakyat Malaysia mendapatkan “variasi ikan secara berterusan”.

Hakikatnya sekarang ini, dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini, kerajaan telah berjaya jimatkan pemberikan subsidi kepada rakyat Malaysia sebanyak RM3.3 bilion.

Dan berdasarkan semakan di atas pemberian subsidi BR1M 2.0, kerajaan sekali lagi akan membelanjakan lebih RM3 bilion pusingan pemberikan BR1M 3.0. Daripada datangnya duit tersebut? 

Jikalau tidak datangnya dari ...
Amat bersetuju dengan pendapat dan saranan Che Det dalam hal ini dan bagi diri sendiri Bantuan BR1M tidak dilihat memadai dengan kenaikan belanja dan tidak menyelesaikan kepincangan ekonomi negara yang tidak menentu sekarang ini.

Mengapa? Ini antara sebab yang telah kenal pasti :

Andaikata BR1M dinaikkan sebanyak RM600 sekalipun tidak berpadanan dengan tanggungan belanja isi rumah rakyat Malaysia termasuklah belanja petrol dan diesel yang meningkat sebanyak RM752 setahun (yang nilainya lebih tinggi dari BR1M), setiap isirumah juga terpaksa berhadapan dengan masalah kenaikan harga barang secara keseluruhannya akibat inflasi. Jumlah tanggungan adalah jauh lebih tinggi dari nilai RM600 BR1M yang ditawarkan kelak. Sudah bersedia rakyat Malaysia?

Keduanya pula, faktanya ramai golongan yang berhal memperolehi BR1M tercicir dalam senarai penerima BR1M. Di mana hanya sebahagian rakyat Malaysia sahaja yang menerima BR1M iaitu sekitar 40% isirumah, sedangkan 40% lagi golongan sederhana yang turut terkesan tidak mendapat sebarang bantuan. Adakah anda orangnya?
Ketiga, akan menyebabkan budaya kebergantungan dengan nilai pemberian BR1M sedangkan subsidi itu diperkenalkan sekian lam untuk menurunkan kos sara hidup, pendidikan dan peluang pekerjaan yang baik yang membebaskan mereka dari perangkap kemiskinan.

Realitinya sekarang ini, pendapatan dan perbelanjaan setiap isi rumah rakyat Malaysia adalah berbeza mengikut taraf sosioekonomi keluarga. Setuju atau tidak? - Sumber


5 comments:

  1. BN dah buat Aku Janji@ Manifesto untuk beri BR1M RM1200 .Kalau tak beri pada rakyat, nampaknya PRU13 lepas adalah kali terakhir BN memerintah malaysia. UMNO, BN boleh jalan. Che Det apa tau, dia bukannya buat janji, Najib yang buat janji, kalau dah buat janji, wajib kena tunaikan tak boleh tidak

    ReplyDelete
  2. Che Det otak dia genius tuan....masyarakat dunia pun tabik dengan beliau..

    ReplyDelete
  3. TDM is a combination of genius and experience, therefore smart and wise.

    ReplyDelete
  4. Dulu masa jadi PM boleh le buat apa yang dia suka. Sekarang Najib yang menjadi PM , maka itu Dr M seharusnya tidak mengeluarkan kenyataan yang berlawan dengan kehendak Najib.
    Dr M mempunyai agenda tersendiri dalam menentukan arah politik UMNO khasnya dan kerajaan am nya. Ini hanya kerana Dr M mahukan anak nya Mukhriz menjadi PM. Itu adalah cita2 politik Dr M yang belum terlaksana.

    ReplyDelete
  5. Saya sokong pemberian BR1M ni. Ia menepati sasaran untuk membantu rakyat berpendapatan rendah. Lagipun ia juga boleh merangsang ekonomi apabila wang dibelanjakan. Semua akan dapat menfaatnya juga. Harap ia diteruskan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive