Tuesday 8 October 2013

HANCUR!!! Akibat Puji KM Melaka Goh Leong San Terpaksa Letak Jawatan Ketua Pembangkang???


Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San meletak jawatan sebagai ketua pembangkang negeri pada hari ini dan nampaknya kemelut dalaman DAP makin teruk.

Selepas itu ADUN Bachang, Lim Jak Wong, turut mengikut jejak langkah Goh berundur dari jawatannya sebagai timbalan pembangkang sebagai tanda menyokong tindakan Goh.

Sebab perletakan jawatan tersebut kerana Goh kesal kerana rakan-rakan DAP mempersoalkan pujiannya terhadap KM Melaka Datuk Seri Idris Haron baru-baru ini.

Pada 3 Oktober lalu Goh, ADUN Duyong sejak 1995 itu menyifatkan Idris berpengetahuan luas, banyak membaca dan sistematik.

“Di Dewan yang mulia ini, saya memuji kebijaksanaan dan kematangan Ketua Menteri baru yang dapat menerima pandangan dan cadangan pihak kerajaan atau pembangkang.

“Dengan kefasihan berbahasa Inggeris, Arab dan Jepun, saya penuh yakin Melaka di bawah kepemimpinan Idris akan mencapai wawasannya tercapai,” Goh dipetik sebagai berkata.

Perletakan jawatan itu juga kerana membantah campur tangan kepimpinan pusat dalam isu-isu tempatan termasuk Jonker Street.

Sementara itu, Speaker DUN Melaka Datuk Othman Muhamad ketika ditemui Bernama, mengesahkan perkara berkenaan. 

"Goh menyerahkan surat peletakan jawatannya itu kepada saya pada jam 12 tengah hari tadi. Peletakan jawatan itu berkuat kuasa hari ini," katanya.

Menurut Othman, Goh bagaimanapun tidak menyatakan sebab beliau berbuat demikian.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris sebelum ini melaporkan Goh mendakwa terdapat campur tangan pemimpin pusat parti itu dalam urusan DAP Melaka, menyebabkan berlaku perpecahan dalam kalangan pemimpin dan anggota DAP di negeri itu.

PT
Inilah yang DAP katakan transparensi???
Jika ada pemimpin-pemimpin mereka yang memuji pihak lawan yang sememang lebih baik berbanding DAP atau PR mereka bakal dikenakan tekanan...Apa tumggu lagi YB Goh??? Umum keluar parti dan sertai BN!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive