Thursday 10 October 2013

Dr. Maza Sokong Ustad Fathul Bari Tanding Exco Pemuda!!!


Terdapat satu video, Dr. Fathul Bari Mat Jahya dan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin bersama di atas pentas dalam bicara sebuah forum. Terus terang Dr Asri berpesan kepada Fathul Bari tentang masuk umno. Pesan Dr Asri, masuk Umno bukannya kerana nak mempertahankan Umno tetapi masuk Umno untuk berdakwah dan membetulkan Umno.

Dalam tulisan terbaru Dr Asri, Bukan Kurang Jubah, Tapi Kurang Amanah, beliau ada menulis tentang fatwa dungu. Walaupun tak disebut secara terus, kita faham maksud Dr Asri, tulisan beliau;

‘Umar ilmuwan besar yang menjadi rujukan dalam Islam. Beliau tidak berkata: ‘kenaikan harga barang merupakan takdir Allah, bersyukur dan berterima kasih kepada penguasa’. Beliau juga tidak membuat fatwa dungu yang menyatakan ‘subsidi tiada dalam Islam’. Sebaliknya beliau dengan penuh amanah dan tanggungjawab di hadapan Allah menghadapi keadaan tersebut.

Dalam tweet terbaru Dr Asri @realDrMAZA tetap menyokong penuh Fathul Bari sebagai Exco Pemuda Umno Pusat demi menguatkan elemen agama dalam parti itu.

“Walaupun ada perbezaan pendapat, saya tetap menyokong Dr Fathul Bari bagi kerusi Exco Pemuda Umno. Harapan (saya) agar elemen agama dikuatkan,” katanya.

Besar harapan Dr Asri kepada Fathul Bari dalam Pemuda Umno, semoga tercapai!!!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive