Tuesday, 1 October 2013

Hairie Othman Si Pencacai Pas Mula Hilang Punca???

Masa PRU hari tu, bukan main lagi garang lagi Hairie Othman sampaikan dia sudah ke tahap berangan-angan nak jadi wakil rakyat di Pendang. Tapi apabila kedudukannya 'dirampas' oleh Mat Sabu dan Hairie Othman hanya layak menjadi pecacai pengangkat tong derma, 'kerjayanya' di dalam PAS mulai malap. Hairie mulai sedar, dia telah melakukan kesilapan terbesar dalam hidupnya.

Mungkin dia beranggapan, PAS akan mengotakan janji untuk membelanya sepertimana yang berlaku kepada bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan yang menyertai PAS. Malangnya, Hairie Othman hanyalah seorang pelakon yang suam-suam kuku. Kerjayanya selaku pelakon pun sudah hampir tenggelam dan tidak pernah bersinar terutama selepas dia ditangkap khalwat dengan pasangannya.

Siapa nak sokong parti apa pun, itu masing-masing punya pilihan. Tidak ada dosa dan tidak ada pahala dalam memilih mana-mana parti politik. Fahaman politik tidak pernah tercatat sebagai amal atau maksiat dalam ajaran mana-mana agama kecuali ATHEIS.

Tetapi apabila ada individu bodoh yang membakar jambatan dan menyekat pintu rezekinya semata-mata kerana fahaman kononnya menyokong parti-parti politik tertentu membolehkan mereka masuk syurga, itu memang bodohlah namanya.

Hairie Othman dan beberapa orang rakan sekerjayanya adalah golongan bodoh berkenaan!

Bukan sedikit golongan penghibur yang menyokong dan menganggotai parti-parti politik seperti PAS. Antara sahabat penulis yang merupakan ahli dan penyokong PAS yang masih aktif dan tidak putus-putus rezekinya dalam bidang lakonan adalah ZULKIFLI ISMAIL, bekas pelakon utama dalam drama bersiri, GERAK KHAS.

Walaupun kebanyakan penerbit dan pengarah tahu ideologi politik Zulkifli Ismail, tetapi ia bukanlah suatu halangan kepada mereka untuk mengambilnya bekerja. Malah tiada karya seni yang membabitkan Zul, digam atau terbuang begitu sahaja. Bahkan Zul pernah berlakon untuk drama dokumentari yang disiarkan oleh saluran HISTORY tidak lama dahulu.

Keluhan yang dibuat oleh Hairie Othman sekadar mendedahkan tentang masalah peribadinya. Mengharapkan beras jatuh ke mulut dan nasi tumpah ke perut, merupakan langkah paling bodoh yang boleh dilakukan oleh seorang pelakon bermusim seperti Hairie Othman.

Dan kalau benar dia benar-benar susah, dah tentulah dia sudah mencari-cari kerja lain, bukannya menyalak mengharapkan orang lain terus menyuap dan mengunyah nasi untuknya!!! - Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive