Showing posts with label Hairie Othman. Show all posts
Showing posts with label Hairie Othman. Show all posts

Tuesday, 1 October 2013

Hairie Othman Si Pencacai Pas Mula Hilang Punca???

Masa PRU hari tu, bukan main lagi garang lagi Hairie Othman sampaikan dia sudah ke tahap berangan-angan nak jadi wakil rakyat di Pendang. Tapi apabila kedudukannya 'dirampas' oleh Mat Sabu dan Hairie Othman hanya layak menjadi pecacai pengangkat tong derma, 'kerjayanya' di dalam PAS mulai malap. Hairie mulai sedar, dia telah melakukan kesilapan terbesar dalam hidupnya.

Mungkin dia beranggapan, PAS akan mengotakan janji untuk membelanya sepertimana yang berlaku kepada bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan yang menyertai PAS. Malangnya, Hairie Othman hanyalah seorang pelakon yang suam-suam kuku. Kerjayanya selaku pelakon pun sudah hampir tenggelam dan tidak pernah bersinar terutama selepas dia ditangkap khalwat dengan pasangannya.

Siapa nak sokong parti apa pun, itu masing-masing punya pilihan. Tidak ada dosa dan tidak ada pahala dalam memilih mana-mana parti politik. Fahaman politik tidak pernah tercatat sebagai amal atau maksiat dalam ajaran mana-mana agama kecuali ATHEIS.

Tetapi apabila ada individu bodoh yang membakar jambatan dan menyekat pintu rezekinya semata-mata kerana fahaman kononnya menyokong parti-parti politik tertentu membolehkan mereka masuk syurga, itu memang bodohlah namanya.

Hairie Othman dan beberapa orang rakan sekerjayanya adalah golongan bodoh berkenaan!

Bukan sedikit golongan penghibur yang menyokong dan menganggotai parti-parti politik seperti PAS. Antara sahabat penulis yang merupakan ahli dan penyokong PAS yang masih aktif dan tidak putus-putus rezekinya dalam bidang lakonan adalah ZULKIFLI ISMAIL, bekas pelakon utama dalam drama bersiri, GERAK KHAS.

Walaupun kebanyakan penerbit dan pengarah tahu ideologi politik Zulkifli Ismail, tetapi ia bukanlah suatu halangan kepada mereka untuk mengambilnya bekerja. Malah tiada karya seni yang membabitkan Zul, digam atau terbuang begitu sahaja. Bahkan Zul pernah berlakon untuk drama dokumentari yang disiarkan oleh saluran HISTORY tidak lama dahulu.

Keluhan yang dibuat oleh Hairie Othman sekadar mendedahkan tentang masalah peribadinya. Mengharapkan beras jatuh ke mulut dan nasi tumpah ke perut, merupakan langkah paling bodoh yang boleh dilakukan oleh seorang pelakon bermusim seperti Hairie Othman.

Dan kalau benar dia benar-benar susah, dah tentulah dia sudah mencari-cari kerja lain, bukannya menyalak mengharapkan orang lain terus menyuap dan mengunyah nasi untuknya!!! - Sumber

Tuesday, 18 June 2013

Biar Betul!!! Hairie Othman Mohon Jadi Tukang Kebun Dengan Pakatan???

Kesian...itulah yang boleh dikatakan terhadap nasib Hairie Othman yang kini makin dilupakan dan dipinggirkan oleh PR.


Beliau yang berkeyakinan tinggi bahawa PR dapat menumbangkan BN pada PRU13 lalu, kecewa apabila rakyat terus memberi mandat kepada BN. Kini, beliau terpaksa menanggung akibatnya.

Disebabkan gagal membentuk kerajaan, PR seolah-olah sudah mengenepikannya langsung dan segala janji untuk memberinya 'job' selepas PRU ibarat menanam tebu di pinggir bibir.

Jika dulu sebelum pilihan raya, Hairie tak menang tangan berceramah 4 kali sehari dan dengan pendapatannya itu, beliau mampu menyara keluarganya.

"Saya pelik sebaik selesai PRU13 PR tak lagi menghubungi saya, pada hal mereka diberi mandat memerintah Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Harapan saya cuma satu minta PR berikan satu 'job' seperti potong rumput dan sebagainya pada saya" kata Hairie.

Hairie juga sedih dan kecewa, mentang-mentanglah dirinya bukan wakil rakyat, PR langsung tidak mempedulikannnya lagi dan terasa dirinya seperti diperalatkan oleh PR.

Saturday, 12 January 2013

#KL112 - 2 PELAKON NI BERBANGGA DAPAT JOIN HKR DEMI JATUHKAN KERAJAAN ???



Wooo! Ostazah Pening pun tumpang sekaki maklumlah menghadiri HKR ni adalah wajib serta akan dilimpahi pahala kerana menjadikan KL huru hara. Hebat Ostazah Arbaayah dalam meneruskan misinya untuk menjatuhkan kerajaan.



Wah ! Hebat pelakon yang dah tak laku ni, berbangga sangat-sangat kerana menjadi salah seorang dari peserta HKR untuk menjatuhkan kerajaan yang 'zalim' ini. Mungkin selepas ini si Hairie ini akan mendapat imbuhan yang lebih dan dapatlah menyara bininya.


Saturday, 24 November 2012

BIAR BETUL !! HAIRIE 'TUKANG KUTIP DERMA' LAWAN TOKEY ???





Doa Hancurkan Umno/BN oleh Pas dipersoalkan oleh ahli sendiri. Hairie Othman tidak setuju dengan doa yang dibacakan oleh adik Nik Aziz tempoh hari yang meminta Allah menghancurkan Umno dan BN sambil menjerit-jerit bagai orang yang kena penyakit sawan. Betul kata Hairie kalau macam ini punya gila pemimpin Pas memutarbelitkan agama,orang-orang muda atau atas pagar pasti lari jauh dari parti yang memang ternyata sesat ini.

PT
Pelik dengan Ulama PAS sekarang. Ulama zaman dahulu seperti Imam Alghazali, Imam Bukhari dan lain-lain yg saya tahu amat berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu pendapat. Ulama PAS keluar kenyataan ikut keluar mulut sahaja. Nik Aziz tanya Umno agama apa. Manakala adiknya pula Nik Razi mendoakan kehancuran dan KO umno/bn. 
Maka lihatlah rasa ketidakpuasan hati ahli Pas sendiri terhadap tindak tanduk para lebai mereka.

Ada juga kata Malaysia bukan negara Islam sebab tak laksana hudud. Sahabat dah ajar bahawa hudud boleh ditangguhkan kerana sesuatu sebab. Bila dengar ceramah Ustaz Budak "Nabi itu orang alim, maka orang alim adalah nabi". Betul nabi orang alim tapi tak semestinya semua orang alim jadi nabi. Yg saya faham nabi ini dlantik oleh Allah swt. Macam juga mufti adalah orang alim tapi nak jadi mufti kena lantik. 

Jelas nampak bahawa banyak Ulama Pas menggunakan akal semata-mata dalam berhujah. Ini menimbulkan banyak masalah kerana banyak yg datang dari bukan golongan cerdik pandai. Ilmu memang banyak kalau Tgna nak jadi wali tak ada masalah tapi untuk menjadi serang pemimpin memerlukan kualiti yg berbeza. 

Kita boleh lihat ulama dahulu seperti ibnu Sina, beliau tidak dikenali sebagai orang alim tetapi lebih terkenal dalam ilmu kedoktoran. Disini  ingin mengatakan bahawa seorang pemimpin perlu orang alim. Tapi kita juga perlu seorang pemimpin yang terkenal kerana kepimpinannya. Nabi Mohamed saw.terkenal dua-dua. Kalau lebih terkenal kerana alim, maka baik dia jadi orang alim sahaja. 

Cuba lihat taraf ilmu ulama Pas sebenarnya hanya sama dengan ustaz biasa sahaja. Sultan Harunal Rashid terkenal dengan kepimpinannya tapi tak terkenal kerana alimnya, sedangkan Sultan Harun alRashid sembahyang sunat 100 rakaat setiap malam. Jadi kesimpulannya kalau pernah jadi MB tapi tidak terserlah sebagai pemimpin baik jadi wali atau jadi tukang bacakan doa untuk jus.....

Saturday, 11 August 2012

BIAR BETUL !!! HAIRIE DISISH KERANA PAS ???




Pelakon Leftenen Adnan, Hairie Othman benar-benar merasakan disisih dan dianaktirikan oleh syarikat produksi di negara ini yang enggan memberinya peluang berlakon selepas dia menyertai PAS pada 26 Jun lalu.


“Sudah 20 tahun lebih saya berada dalam industri lakonan dan belum pernah lagi tidak ada tawaran berlakon dalam diri saya. Tetapi selepas saya masuk PAS, memang jelas saya didiskriminasikan.

“Bukankah kita hidup sebagai negara demokrasi? Jika benar, mengapa orang seperti saya disisihkan?” soalnya yang dihubungi mStar Online.

Hairie atau nama sebenarnya Khairie Othman, 41, berkata dia bagaimanapun tidak ralat dengan diskriminasi tersebut kerana mahu memberi tumpuan yang lebih sebagai penceramah untuk parti tersebut.

Tambah Hairie, dia kini lebih senang dengan bidang baru iaitu menjadi penceramah walaupun bayarannya tidak tetap iaitu bergantung kepada sumbangan yang diberi oleh mereka yang hadir mendengar ceramahnya.


Malah dia bersyukur kerana masih lagi mampu menanggung kos sara hidup menerusi ceramah yang dibuat walaupun tidak lagi aktif dalam bidang lakonan yang diminatinya.
“Sebenarnya, jadi penceramah atau pelakon, suasana kehidupannya lebih kurang sama sahaja kerana industri lakonan kita tidaklah sebesar mana. Malah semakin lanjut usia, maka semakin rendahlah bayaran yang diterima, jadi tiada perbezaan.

“Cuma saya sayangkan bidang ini dan sudah 20 tahun saya berlakon. Tak mungkin saya akan meninggalkan industri seni begitu sahaja.

“Mungkin apabila industri hiburan tempatan sudah mula mengikut garis panduan Islam, saya akan memberikan keutamaan dalam hal-hal belakang tabir,” ujarnya.


Dalam pada itu, Hairie turut menepis andaian kononnya menerima wang RM50,000 setiap kali memberi ceramah iaitu jumlah yang lebih tinggi berbanding ketika dia ditawarkan watak dalam sesebuah karya lakonan.

Katanya, entri berhubung perkara itu dalam Twitter miliknya adalah sekadar sindiran yang ditujukan kepada pihak-pihak tertentu yang gemar mengkritik dirinya. “Jangan salah anggap, tak mungkinlah saya dapat bayaran sebesar itu. Kalau benarlah maka saya akan jadi kaya di hujung tahun ini.

“Ia hanyalah kata-kata perli kepada golongan yang mengkritik saya menyertai PAS,” tegasnya.
PT
Lain kali sebelum buat sesuatu guna akal bukan guna kepala lutut. Sekarag baru tau langit tinggi ke rendah. Hang tanggung la sendiri Hairie.. Takkpun hang tubuh je syarikat produksi sendiri lepas tu hang ambik je mana2 artis yang join pas jadi pelakon drama hang. Apa pun masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!


Monday, 9 July 2012

BIAR BETUL !!! HAIRIE JADI TUKANG TADAH PLASTIK ??



Disebabkan berlakon dah tak boleh cari makan. Si Hairie mengubah kerjayanya menjadi peminta sedekah yang terhormat di dalam Pas. Kan dia pernah kata, setiap kali ceramah beribu-ribu dia dapat dari ceramah tuu.. inilah caranya dia mencari duit sekarang.

Patutla artis yang masuk Pas ni semua yang dah suam-suam kuku, yang dah tak berapa nak laku.

Pas pula, umpama tong sampah, yang buruk-buruk dan rejected dari UMNO semua Pas kutip bawa masuk partinya. he he.. biasa la tong kosong, memang selalu letak barang yang tak berguna.

Apapun tahniah la Hairie, tak dapat jadi menteri, jadi tukang kutip sedekah pun ok juga..  tengok pun sesuai dengan kebangangan... -Sumber


Sunday, 8 July 2012

MARAH BETUL 3 ARTIS NI KEPADA BN - SEKITAR PROTES TAHANAN ISA

Hebat ustazah ni...marah betul dia kat BN...

Memang berbaloi la hang ikut sama protes 
tak dapat 50k dapat 10k pun jadilah bulan ni...

Nak buat lawak kat tv takde peluang...Pas la jugak baik hati 
bagi peluang kat demo Mang....

Komen dari seorang penganut PR dari blog pembakang..

Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat..fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive