Showing posts with label nik razi nik mat. Show all posts
Showing posts with label nik razi nik mat. Show all posts

Saturday, 8 December 2012

BETULKAH TUKANG DOA NI TERBALIK DOANYA ???



Khabarnya adik Nik Aziz, Nik Razi Nik Mat sedang bergelut dengan penyakit yang dihidapi selama ini tidak termasuk sakit tua.

Ada sumber rapat mengatakan bahawa "model jus doa" ini sakit tenat sejurus beliau doakan kehancuran UMNO dan BN.

Ada sumber mengatakan beliau tertekan dengan isu doa yang diimamkan olehnya dalam stadium Kota Bharu ketika Muktamar Pas berlansung. Sumber

Saturday, 24 November 2012

BIAR BETUL !! HAIRIE 'TUKANG KUTIP DERMA' LAWAN TOKEY ???





Doa Hancurkan Umno/BN oleh Pas dipersoalkan oleh ahli sendiri. Hairie Othman tidak setuju dengan doa yang dibacakan oleh adik Nik Aziz tempoh hari yang meminta Allah menghancurkan Umno dan BN sambil menjerit-jerit bagai orang yang kena penyakit sawan. Betul kata Hairie kalau macam ini punya gila pemimpin Pas memutarbelitkan agama,orang-orang muda atau atas pagar pasti lari jauh dari parti yang memang ternyata sesat ini.

PT
Pelik dengan Ulama PAS sekarang. Ulama zaman dahulu seperti Imam Alghazali, Imam Bukhari dan lain-lain yg saya tahu amat berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu pendapat. Ulama PAS keluar kenyataan ikut keluar mulut sahaja. Nik Aziz tanya Umno agama apa. Manakala adiknya pula Nik Razi mendoakan kehancuran dan KO umno/bn. 
Maka lihatlah rasa ketidakpuasan hati ahli Pas sendiri terhadap tindak tanduk para lebai mereka.

Ada juga kata Malaysia bukan negara Islam sebab tak laksana hudud. Sahabat dah ajar bahawa hudud boleh ditangguhkan kerana sesuatu sebab. Bila dengar ceramah Ustaz Budak "Nabi itu orang alim, maka orang alim adalah nabi". Betul nabi orang alim tapi tak semestinya semua orang alim jadi nabi. Yg saya faham nabi ini dlantik oleh Allah swt. Macam juga mufti adalah orang alim tapi nak jadi mufti kena lantik. 

Jelas nampak bahawa banyak Ulama Pas menggunakan akal semata-mata dalam berhujah. Ini menimbulkan banyak masalah kerana banyak yg datang dari bukan golongan cerdik pandai. Ilmu memang banyak kalau Tgna nak jadi wali tak ada masalah tapi untuk menjadi serang pemimpin memerlukan kualiti yg berbeza. 

Kita boleh lihat ulama dahulu seperti ibnu Sina, beliau tidak dikenali sebagai orang alim tetapi lebih terkenal dalam ilmu kedoktoran. Disini  ingin mengatakan bahawa seorang pemimpin perlu orang alim. Tapi kita juga perlu seorang pemimpin yang terkenal kerana kepimpinannya. Nabi Mohamed saw.terkenal dua-dua. Kalau lebih terkenal kerana alim, maka baik dia jadi orang alim sahaja. 

Cuba lihat taraf ilmu ulama Pas sebenarnya hanya sama dengan ustaz biasa sahaja. Sultan Harunal Rashid terkenal dengan kepimpinannya tapi tak terkenal kerana alimnya, sedangkan Sultan Harun alRashid sembahyang sunat 100 rakaat setiap malam. Jadi kesimpulannya kalau pernah jadi MB tapi tidak terserlah sebagai pemimpin baik jadi wali atau jadi tukang bacakan doa untuk jus.....

Tuesday, 20 November 2012

VIDEO !!! BETULKAH ARTIS INI MURTAD KERANA PAS ???



Betulkah  join Parti Pas tidak murtad?? Kerana Pas parti serba boleh, doakan kehancuran sesama Islam,murtadkan sesama Islam dan bermacam-macam lagi..lihat apa jadi pada artis di bawah..



Rasa-rasanya, artis yang "mengaku" murtad ini kerana menjadi ahli UMNO dan menyokong Kerajaan BN ini mahu menyindir TG Nik Aziz berhubung dengan satu laporan akhbar yang mengaitkan kata-katanya, kononnya telah memurtadkan UMNO..

Panas punggung puak penyokong harami dengan kenyataan memperli TGNA nie der...Hanya Tuan guru munafik aje boleh bermain dengan murtad nie der.....Islam kunun tapi skandal pemimpin PAS lagi banyak berbanding ahli politik lain....


Sambungannya sila tekan

TOKEY JUS MINTA HENTIKAN ISU DOA KO UMNO/BN


Adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat di sini, semalam meminta semua pihak menghentikan spekulasi isu doa yang dibacakan selepas solat hajat sempena muktamar parti itu, Jumaat lalu.

Menurutnya, isu tersebut sudah berada di kemuncaknya dan tiada apa yang perlu diperkatakan lagi.

“Sudah cukup apa yang dilaporkan oleh media mengenai bacaan doa terbabit dan saya mengakui saya membacanya tanpa dipengaruhi sesiapa pun.

“Memang saya diarahkan menjadi imam dan bukan untuk doa itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Pada Jumaat lalu, Nik Razi didakwa mendoakan kehancuran terhadap Umno dan Barisan Nasional ketika solat Hajat sempena Muktamar Pas ke-58 di Stadium Sultan Muhammad IV.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Mahfodz Mohamed mengesahkan kandungan doa tersebut bukan atas arahan sesiapa, tetapi atas inisiatif Nik Razi sendiri.

Menurutnya, beliau berada sama ketika solat Hajat yang dihadiri lebih 40,000 orang.


PT
Adik doa hancur,abangnya pula kata murtad,dua2 dah .... sampai terlupa barangkali.Abangnya pernah berdoa untuk Tun dulu pun Allah dah tak terima sebab Pas parti sesat.Pas dah lama murtad kerana keluar dari Islam ambik agama kebajikan, satu lagi tukang jaja hudud untuk menraih undi dari rakyat. Akhirnya Hj Hadi tandatangan Hudud tiada dalam Pakatan Haram,Peliknya boleh pulak bagi tahu kepada rakyat hudud ni 0.001% jer setelah puak sesat Pas ni memecah belah habis orang-orang Islam di Malaysia.

Monday, 19 November 2012

INILAH MANUSIA YANG TERPEKIK TERLOLONG DOA HANCURKAN UMNO ADALAH PENGUTIP DERMA DAN PERNAH BERTUGAS DENGAN ITM???





Nik Razi bin Nik Mat dilahirkan di Kota Jembal (juga dikenali sebagai Kedai Lalat), Kota Bharu, Kelantan. Pengajian menengahnya bermula di Maahad Muhammadi, Kota Bharu.Setelah itu menyambung pengajiannya ke India di Universiti Darul Ulum, Deoband dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam pengajian Hadith. Pencarian ilmu diteruskan lagi di Universiti Al-Azhar, Mesir dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Syariah. Selepas itu di Universiti Ain Syams, Kaherah dengan memperolehi Diploma Pendidikan. 

Dalam bidang kerjaya, beliau telah berkhidmat di ITM (sekarang dikenali UiTM) Shah Alam sebagai Pegawai Penasihat Agama dari tahun 1983 – 1995. Di Maahad Muhammadi (P) sebagai guru pada tahun 1996, Maahad Muhammadi (L) sebagai Pengetua pada tahun 1997 – 1999 dan Pusat Pengajian Pondok Kandis, Bachok sebagai tenaga pengajar dari tahun 2000 hingga sekarang.

Untuk waktu ini beliau aktif menyampaikan ilmu agama dan menjual beberapa produk tertentu sambil mengutip derma (infaq fi sabilillah) khususnya dari masyarakat Islam dalam usaha merealisasikan sebuah pusat pengajian yang lengkap dengan prasarana dan tenaga pengajar yang berkaliber. Sumber


PT
Takkanlah manusia ni tak tahu hukum, belajar di India sampailah ke Mesir. Tapi bila dah kena rasuk oleh syaitan yang dikenali maka beliau sanggup mengepalai doa untuk hancurkan umat Islam senegara. Aku tak reti dah nak ulas banyak-banyak sebab  orang yang dok berdoa ni bukan calang-calang orang ilmu agamanya.Yang peliknya boleh pulak berkhidmat dengan kerajaan UMNO/BN...itm.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive