Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Friday, 6 December 2013

Rasuah!!! Luput Ibadat Solat & Doa - Siapakah Terlibat???

JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui khutbah Jumaat hari ini mengingatkan umat Islam mengenai bahaya rasuah kerana antara kesan buruk perbuatan itu adalah terluputnya ibadah solat dan doa akibat menggunakan sumber yang haram.

Menurut Jakim, sekiranya rasuah tidak segera dibanteras nescaya umat Islam akan terdedah dengan pelbagai malapetaka dan bencana dalam kehidupan akibat kemurkaan Allah.

“Bayangkan, alangkah ruginya kita disebabkan perbuatan ini, ibadah dan doa menjadi sia-sia. Justeru, ia menjauhkan kita daripada mendapat rahmat Allah.

“Rasuah hanya dilakukan oleh mereka yang tidak yakin dengan pengawasan Allah serta pembalasan-Nya di hari akhirat. Ingatlah bahawa setiap darah daging kita daripada hasil yang haram, tipu daya, khianat dan pecah amanah maka api neraka adalah tempatnya,” katanya melalui khutbah Jumaat hari ini yang bertajuk “Merakyatkan Usaha Membasmi Rasuah”.

Jakim turut menyifatkan mereka yang menolak rasuah adalah manusia hebat kerana menjamin kesinambungan keturunan beriman dan berintegriti serta meningkatkan martabat organisasi warga pengurusan.

Kata badan itu, mereka yang menjauhi rasuah dapat meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pemimpin berani memerangi rasuah serta membuktikan amalan ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji yang diamalkan berjaya mencegah diri daripada terlibat dengan najis rasuah.

“Sabda Rasulullah SAW bermaksud setiap daging yang tumbuh hasil daripada makanan yang haram itu maka api neraka adalah lebih utama untuknya. Mimbar ingin mengingatkan bahawa pengamal rasuah, penyalahguna kuasa, pengkhianat amanah dan mereka yang bersubahat dengan amalan rasuah adalah pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara.

“Apabila sifat tamak telah bertapak di hati, bisikan untuk melakukan rasuah akan mula mempengaruhi diri. Inilah buktinya kelemahan iman seseorang yang menyebabkan mereka mudah diperkotak-katik oleh nafsu dan mengikut hasutan syaitan,” katanya.

Menurut Jakim, seseorang yang didorong oleh perasaan tamak haloba dan mementingkan diri sendiri amat cekap serta berani melanggar batasan digariskan Islam padahal perbuatan itu hanyalah memusnahkan diri sendiri, organisasi dan negara malah mengakibatkan setiap punca pendapatan yang tidak halal.

Katanya, kesalahan rasuah tidak mengira golongan atau amaun transaksi yang terlibat tetapi terletak pada perbuatan sama ada pemberi, penerima atau menjadi orang tengah kepada perbuatan rasuah tersebut.

“Ini boleh berlaku apabila seorang pekerja yang mengampu ketua dan suka bermuka-muka dengan kerjanya, sedangkan diri sendiri tiada kebolehan dan kemahiran.

“Kemahirannya ialah berlakon untuk mengaburi mata ketua dan kadangkala melibatkan penyelewengan tugas, penipuan dalam kenaikan pangkat dan ketirisan dalam penggunaan wang rakyat,” katanya.

Khutbah hari ini turut mengingatkan hadirin perjuangan menentang rasuah bukan hanya terletak di tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pun pihak pemerintah semata-mata bahkan ian adalah tanggungjawab bersama pelbagai lapisan masyarakat.

Khatib berkata, perbuatan licik lagi jahat itu nampak seperti tidak bercanggah dengan undang-undang negara tetapi ia tetap bercanggah dengan hukum Syarak.

“Sempena sambutan Hari Anti Rasuah Sedunia pada 9 Disember, inilah masanya semua pihak perlu menggembleng tenaga memerangi rasuah secara serius demi melahirkan urus tadbir yang baik dalam perkhidmatan kerajaan mahu pun swasta.

“Yakinlah, semakin gigih usaha dakwah yang kita laksanakan untuk memerangi rasuah, pasti semakin jelas kesan perubahan positif yang akan berlaku. Ini selaras dengan tuntutan syarak dan hasrat kerajaan supaya hak rakyat didahulukan dan prestasi menghapus rasuah di utamakan,” katanya. - Sumber

Saturday, 24 November 2012

BIAR BETUL !! HAIRIE 'TUKANG KUTIP DERMA' LAWAN TOKEY ???





Doa Hancurkan Umno/BN oleh Pas dipersoalkan oleh ahli sendiri. Hairie Othman tidak setuju dengan doa yang dibacakan oleh adik Nik Aziz tempoh hari yang meminta Allah menghancurkan Umno dan BN sambil menjerit-jerit bagai orang yang kena penyakit sawan. Betul kata Hairie kalau macam ini punya gila pemimpin Pas memutarbelitkan agama,orang-orang muda atau atas pagar pasti lari jauh dari parti yang memang ternyata sesat ini.

PT
Pelik dengan Ulama PAS sekarang. Ulama zaman dahulu seperti Imam Alghazali, Imam Bukhari dan lain-lain yg saya tahu amat berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu pendapat. Ulama PAS keluar kenyataan ikut keluar mulut sahaja. Nik Aziz tanya Umno agama apa. Manakala adiknya pula Nik Razi mendoakan kehancuran dan KO umno/bn. 
Maka lihatlah rasa ketidakpuasan hati ahli Pas sendiri terhadap tindak tanduk para lebai mereka.

Ada juga kata Malaysia bukan negara Islam sebab tak laksana hudud. Sahabat dah ajar bahawa hudud boleh ditangguhkan kerana sesuatu sebab. Bila dengar ceramah Ustaz Budak "Nabi itu orang alim, maka orang alim adalah nabi". Betul nabi orang alim tapi tak semestinya semua orang alim jadi nabi. Yg saya faham nabi ini dlantik oleh Allah swt. Macam juga mufti adalah orang alim tapi nak jadi mufti kena lantik. 

Jelas nampak bahawa banyak Ulama Pas menggunakan akal semata-mata dalam berhujah. Ini menimbulkan banyak masalah kerana banyak yg datang dari bukan golongan cerdik pandai. Ilmu memang banyak kalau Tgna nak jadi wali tak ada masalah tapi untuk menjadi serang pemimpin memerlukan kualiti yg berbeza. 

Kita boleh lihat ulama dahulu seperti ibnu Sina, beliau tidak dikenali sebagai orang alim tetapi lebih terkenal dalam ilmu kedoktoran. Disini  ingin mengatakan bahawa seorang pemimpin perlu orang alim. Tapi kita juga perlu seorang pemimpin yang terkenal kerana kepimpinannya. Nabi Mohamed saw.terkenal dua-dua. Kalau lebih terkenal kerana alim, maka baik dia jadi orang alim sahaja. 

Cuba lihat taraf ilmu ulama Pas sebenarnya hanya sama dengan ustaz biasa sahaja. Sultan Harunal Rashid terkenal dengan kepimpinannya tapi tak terkenal kerana alimnya, sedangkan Sultan Harun alRashid sembahyang sunat 100 rakaat setiap malam. Jadi kesimpulannya kalau pernah jadi MB tapi tidak terserlah sebagai pemimpin baik jadi wali atau jadi tukang bacakan doa untuk jus.....

Monday, 19 November 2012

INILAH MANUSIA YANG TERPEKIK TERLOLONG DOA HANCURKAN UMNO ADALAH PENGUTIP DERMA DAN PERNAH BERTUGAS DENGAN ITM???





Nik Razi bin Nik Mat dilahirkan di Kota Jembal (juga dikenali sebagai Kedai Lalat), Kota Bharu, Kelantan. Pengajian menengahnya bermula di Maahad Muhammadi, Kota Bharu.Setelah itu menyambung pengajiannya ke India di Universiti Darul Ulum, Deoband dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam pengajian Hadith. Pencarian ilmu diteruskan lagi di Universiti Al-Azhar, Mesir dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Syariah. Selepas itu di Universiti Ain Syams, Kaherah dengan memperolehi Diploma Pendidikan. 

Dalam bidang kerjaya, beliau telah berkhidmat di ITM (sekarang dikenali UiTM) Shah Alam sebagai Pegawai Penasihat Agama dari tahun 1983 – 1995. Di Maahad Muhammadi (P) sebagai guru pada tahun 1996, Maahad Muhammadi (L) sebagai Pengetua pada tahun 1997 – 1999 dan Pusat Pengajian Pondok Kandis, Bachok sebagai tenaga pengajar dari tahun 2000 hingga sekarang.

Untuk waktu ini beliau aktif menyampaikan ilmu agama dan menjual beberapa produk tertentu sambil mengutip derma (infaq fi sabilillah) khususnya dari masyarakat Islam dalam usaha merealisasikan sebuah pusat pengajian yang lengkap dengan prasarana dan tenaga pengajar yang berkaliber. Sumber


PT
Takkanlah manusia ni tak tahu hukum, belajar di India sampailah ke Mesir. Tapi bila dah kena rasuk oleh syaitan yang dikenali maka beliau sanggup mengepalai doa untuk hancurkan umat Islam senegara. Aku tak reti dah nak ulas banyak-banyak sebab  orang yang dok berdoa ni bukan calang-calang orang ilmu agamanya.Yang peliknya boleh pulak berkhidmat dengan kerajaan UMNO/BN...itm.. 

Monday, 1 October 2012

KISAH PENJUAL TEMPE - MOGA JADI IKTIBAR


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikitbungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun keranakeyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap  tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan
ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kala dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah
pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu
berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan
apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita
sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang
dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai
dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak
pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,
menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke
arah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar
kebaikan boleh sama dikongsi. 

Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive