“Sudah 20 tahun lebih saya berada dalam industri lakonan dan belum pernah lagi tidak ada tawaran berlakon dalam diri saya. Tetapi selepas saya masuk PAS, memang jelas saya didiskriminasikan.
“Bukankah kita hidup sebagai negara demokrasi? Jika benar, mengapa orang seperti saya disisihkan?” soalnya yang dihubungi mStar Online.
Hairie atau nama sebenarnya Khairie Othman, 41, berkata dia bagaimanapun tidak ralat dengan diskriminasi tersebut kerana mahu memberi tumpuan yang lebih sebagai penceramah untuk parti tersebut.
Tambah Hairie, dia kini lebih senang dengan bidang baru iaitu menjadi penceramah walaupun bayarannya tidak tetap iaitu bergantung kepada sumbangan yang diberi oleh mereka yang hadir mendengar ceramahnya.
Malah dia bersyukur kerana masih lagi mampu menanggung kos sara hidup menerusi ceramah yang dibuat walaupun tidak lagi aktif dalam bidang lakonan yang diminatinya.
“Sebenarnya, jadi penceramah atau pelakon, suasana kehidupannya lebih kurang sama sahaja kerana industri lakonan kita tidaklah sebesar mana. Malah semakin lanjut usia, maka semakin rendahlah bayaran yang diterima, jadi tiada perbezaan.
“Sebenarnya, jadi penceramah atau pelakon, suasana kehidupannya lebih kurang sama sahaja kerana industri lakonan kita tidaklah sebesar mana. Malah semakin lanjut usia, maka semakin rendahlah bayaran yang diterima, jadi tiada perbezaan.
“Cuma saya sayangkan bidang ini dan sudah 20 tahun saya berlakon. Tak mungkin saya akan meninggalkan industri seni begitu sahaja.
“Mungkin apabila industri hiburan tempatan sudah mula mengikut garis panduan Islam, saya akan memberikan keutamaan dalam hal-hal belakang tabir,” ujarnya.
Dalam pada itu, Hairie turut menepis andaian kononnya menerima wang RM50,000 setiap kali memberi ceramah iaitu jumlah yang lebih tinggi berbanding ketika dia ditawarkan watak dalam sesebuah karya lakonan.
Katanya, entri berhubung perkara itu dalam Twitter miliknya adalah sekadar sindiran yang ditujukan kepada pihak-pihak tertentu yang gemar mengkritik dirinya. “Jangan salah anggap, tak mungkinlah saya dapat bayaran sebesar itu. Kalau benarlah maka saya akan jadi kaya di hujung tahun ini.
“Ia hanyalah kata-kata perli kepada golongan yang mengkritik saya menyertai PAS,” tegasnya.
PT
Lain kali sebelum buat sesuatu guna akal bukan guna kepala lutut. Sekarag baru tau langit tinggi ke rendah. Hang tanggung la sendiri Hairie.. Takkpun hang tubuh je syarikat produksi sendiri lepas tu hang ambik je mana2 artis yang join pas jadi pelakon drama hang. Apa pun masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!
No comments:
Post a Comment