Saturday, 25 August 2012

SEMUANYA KERANA ANWAR -' BAPOK TUA' SANGGUP BUANG SEGALANYA ???




Selebriti yang penuh dengan kontroversi, Azwan Ali sanggup membuang keluarganya demi menyokong perjuangan Anwar Ibrahim yang menjadi idolanya serta adiknya Azmin Ali.

Azwan Ali yang pernah gempar sanggup untuk membunuh dan membakar adiknya Umi Hafilda pernah bertaubat tidak akan mengulangi lagi perbuatan yang menjijikkan itu.


“Jangan tanya apa-apa pasal Ummi Hafilda, pasa keluarga… Saya sudah tegaskan sebelum ini, saya tak ada sesiapa lagi didunia ini. Saya hanya ada (Mohamed) Azmin dan Anwar sahaja.

Kini Azwan Ali buat hal lagi demi mempertahankan politik Azmin Ali dan Anwar Ibrahim Azwan sanggup buat apa sahaja.

Sebelum ini Azwan Ali dikatakan pernah berjaya mempengaruhi Ali Omar iaitu arwah ayah mereka untuk melucutkan warisan zuriat Umi kerana kononnya sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tetapi pada dasarnya Azwan lebih sukakan Anwar sehingga sanggup membuang keluargannya demi menyokong politik Anwar Ibrahim.

Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan bertapa sedihnya ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, menunggu Azmin dan Azwan balik ke rumah tetapi kesedihan itu berjaya di fitnah oleh Azwan Ali dengan memburuk-burukkan Ibunya kononnya telah dipergunakan oleh TV3 sedangkan ibunya sendiri memberi kenyataan bahawa beliau benar-benar rindukan anak-anaknya.

Walau apa pun terjadi Azwan tetap percaya ibunya diperalat Umi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa walaupun Azmin tidak pernah pulang ke rumah ibunya.

Menurut Azwan Ali, “Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah ‘great leader’ (pemimpin yang hebat). Saya sokong perjuangan Azmin dan Anwar Ibrahim untuk KEADILAN,” katanya.

Sebelum ini Azwan pernah bersumpah tidak akan melakukan lagi perbuatan sebegini lagi sejak Ummi membuat laporan polis,  tetapi malangnya demi politik Azmin dan Anwar, Azwan terpaksa melakukannya semula.

Azwan dilihat merupakan penyelamat kepada politik Azmin dan Anwar Ibrahim. Apa sahaja isu yang ditimbulkan oleh Ummi Hafilda Azwanlah yang tukang penyelamatnya. - Sungai Rapat

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive