Mengapa perlu menjawab dengan sesi wawancara? Mengapa tidak menjawab dengan sidang media terbuka? Ini pastinya kerana Lim Kit Siang cuba mengelakkan diri dari soalan wartawan sekiranya sidang media terbuka diadakan.
Peristiwa 13 Mei sudah pun berlaku lebih 40 tahun. Amat menghairankan mengapa semasa Laporan Mageran dikeluarkan, Lim Kit Siang sendiri tidak mampu mengeluarkan kenyataan. Mengapa baru hari ini terhegeh-hegeh hendak keluar kenyataan?
Jawapannya mudah. Jika 20 tahun lepas Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan mempertahankan diri semasa peristiwa 13 Mei, pastinya kenyataannya terang-terangan dihidu rakyat dan barisan pemimpin kerajaan sebagai pembohongan kerana mereka adalah saksi untuk peristiwa tersebut. Tetapi pada hari ini, hanya segelintir sahaja saksi peristiwa tersebut yang tinggal. Malah dalam kabinet sendiri tidak ada seorang pun pemimpin BN yang menyaksikan peristiwa 13 Mei di Kuala Lumpur.
Tetapi agak sukar Lim Kit Siang menipu fakta kerana segala kejahatan Lim Kit Siang telah lama dicatat oleh penulis-penulis sejarah. Cuma kita terfikir sampai bilakah Lim Kit Siang mahu menafikan fakta tersebut.
Lim Kit Siang juga menuntut Datuk Seri Najib Razak menjelaskan tindakannya membiarkan Utusan menjalan kempen "haram sokong DAP" selama empat hari berturut-turut.
"Najib wajib memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia sama ada beliau telah meluluskan atau mengesahkan kempen berbisa Utusan yang berbaur hasutan dan anti nasional 'haram sokong DAP'," soalnya.
Lim juga mempersoalkan sama ada Najib berani memisahkan diri daripada kempen itu, yang didakwa memperkecil-kecilkan agama Islam dengan menjadikannya sebagai "umpan politik".
No comments:
Post a Comment