Tuesday, 28 August 2012

SIRI PEMIMPIN PEMBANGKANG DIAIBKAN !!!




Sebelum ini Nasharuddin Mat Isa telah dimaki dan dihina oleh pemimpin-pemimpin dan media pro-pembangkang. Beliau dianggap begitu jijik oleh rakan taulan pro-pembangkang.

Di antaranya :

Pemuda PAS sedikit pun tidak rugi jika individu seperti Nasharuddin Mat Isa mengangkat kaki meninggalkan parti, kata Setiausaha Pemuda PAS Kelantan.


Selain daripada itu, bloggers pembangkang turut memainkan peranan besar untuk menghina dan memburuk-burukkan Nasharuddin Mat Isa.

Di antara kenyataan penghinaan tersebut:

Dengan pelbagai masalah disiplin dan berpendirian yang bertentangan dengan amal jamaiyy di dalam banyak hal, maka sewajarnya kedudukan Nasharuddin sebagai ahli Majlis Syura disemak semula dan beliau sepatutnya digugurkan dari menganggotai majlis berkenaan.


Selain daripada itu, isu Nasharuddin bersama Perdana Menteri Malaysia di Mekah juga telah membuka pintu seluas-luasnya untuk rakan politik PAS menghentam dan menjatuhkan maruah Nasharuddin tanpa memikirkan consequences yang berlaku dek kelatahan mereka.

Sila baca di bawah :

PAS Kelantan tidak lagi memerlukan Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa dan tidak akan mencalonkan beliau pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya Pas III Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata pengundi PAS di Bachok juga menolak Nasharudin dan mahu beliau digantikan dengan calon lain pada PRU akan datang.
seterusnya


Dan kenyataan yang paling keras sekali ialah daripada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Dalam satu kenyataan di sidang media, beliau menyifatkan Nasharuddin Mat Isa, Ahli Parlimen Bachok sudah kehilangan sokongan akar umbi dan tidak relevan lagi bagi perjuangan Pas.

Akan tetapi, segala penghinaan dan maki hamun terhadap Nasharuddin Mat Isa tertempelak kembali ke muka Hadi Awang, PAS Kelantan, Pemuda PAS Kelantan, bloggers pembangkang dan Pemimpin-pemimpin PAS yang lain apabila Ketua Dewan Ulama PAS menyokong Nasharuddin Mat Isa!

Bukan itu sahaja, Hadi Awang dimalukan apabila Ketua Dewan Ulama PAS menganggap Nasharuddin masih relevan!

Seriously, dimanakah Presiden PAS itu mahu menyorokkan muka beliau itu? Malunya!

Sila baca di bawah :

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Nasharudin Mat Isa serta menegaskan bekas Timbalan Presiden Pas itu masih relevan dalam perjuangan Pas.

"Saya sudah cakap dari dulu lagi, Nasharudin masih relevan.

Beliau bekas Timbalan Presiden dan meskipun tidak terpilih pada muktamar lalu, Nasharudin masih mampu menyumbang kepada perjuangan Pas," katanya.

Kenyataan terbuka Harun disifatkan sebagai tamparan kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengambil pendirian seolah-olah Ahli Parlimen Bachok tersebut sudah tidak penting.

Beliau bagaimanapun menasihati Nasharudin agar menggunakan saluran yang betul dalam mengketengahkan rasa tidak puas hatinya terhadap golongan yang mahu menyingkir beliau dari parti.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azmi Musa turut menyatakan sokongan terbuka terhadap Nasharudin serta menyifatkan beliau sebagai masih relevan dalam mempertahankan maruah Pas, walaupun kritikannya terhadap parti agak keras.

"Beliau adalah bekas Timbalan Presiden, sudah tentu masih relevan.

"Mungkin ramai yang tidak senang dengan kelantangan beliau namun jangan sesekali menidakkan sumbangannya terhadap parti," tegas Nor Azmi.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak itu turut menggesa Majlis Syura Ulama agar mengadili Nasharudin dengan sebaik-baiknya dan memberikan bekas Timbalan Presiden itu untuk memberi penjelasan.

Sebelum itu, Abdul Hadi dalam satu kenyataan di sidang media menyifatkan Ahli Parlimen Bachok itu sudah kehilangan sokongan akar umbi dan tidak relevan lagi bagi perjuangan Pas - KLPos


Kita tunggu keputusan Majlis Syura PAS. Tetapi, walau apa pun keputusan Majlis Syura, rakyat sudah dapat menilai kerapuhan, ketidakefesienan dan pertelagahan hebat sesama kepimpinan PAS. Itu yang lebih penting dan bakal memudaratkan parti tersebut di PRU13 kelak.

Apa pun, di antara pihak yang melompat kegembiraan dek perbalahan sesama pemimpin PAS itu ialah parti DAP. Mahu tak mahu, PAS terpaksa akur kepada arahan DAP demi mendapat sokongan yang semakin merudum. - dr.mim

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive