Friday 24 August 2012

PELIK !!! NIK AZIZ 'BEREHAT' DI HUSM ? KENAPA TIDAK DI HOSPITAL SWASTA ??



Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian atas nasihat doktor.

Satu kenyataan oleh setiausaha akhbarnya di Facebook menyebut, Nik Abdul Aziz, 81, dinasihatkan doktor supaya supaya berehat di wad tersebut semasa menerima rawatan rutin pagi ini.

"Beliau memohon untuk menangguhkan kemasukan ke dalam wad bagi menyelesaikan beberapa tugasan termasuk merasmikan pelancaran Tunjong Pavillion pagi tadi.

"Beliau dinasihatkan mendapatkan rehat yang berkualiti pada hujung minggu ini di dalam wad selepas jadual kerja yang agak padat termasuk memenuhi jemputan kenduri di sana sini," kenyataan itu dipetik.

Nik Abdul Aziz kali terakhir dilaporkan menerima rawatan di wad rawatan jantung (CCU) hospital itu pada bulan April lalu setelah mengadu sakit dada. - mk


2 comments:

  1. poknikan zuhud, hospital swasta mahal kena bayar dah, hospital kerajaan murah sikit jadi leh arr jimat, maka tak hilang lah sifat zuhud poknik.

    ReplyDelete
  2. Tak yah g spital la tok..air jampi kan manyak ari tu..bersyusyun syusyun..minum je la..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive