Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 19hb Ogos 2012 PT berkesempatan menunaikan solat sunat Aidilfitri di sebuah Masjid Kg Tebing Tinggi Sabak Pengkalan Chepa. Untuk pengetahuan masjid ini terletak di dalam jajahan takluk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, iaitu Menteri Besar Kelantan a.k.a Mursyidul Am Pas iaitu DUN Chempaka.
PT bukan nak bercerita pasal Tok Guru kesayangan ramai penyokong-penyokong Pas, tetapi PT terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca tentang ke'over'an dua orang imam masjid berkenaan. PT bukan niat nak mengaibkan kedua-dua imam tersebut tetapi terpaksa juga memaparkan untuk tatapan para pembaca.
Sebelum solat sunat Aidilfitri dimulakan PT dan para jemaah bertakbir dan bertahmid dengan menyebut nama Allah yang Maha Besar yang dipimpin oleh Imam Tua masjid berkenaan. Tetapi setelah berakhir para jemaah bertakbir, Imam Tua menyampaikan sesi takzkirah ringkas. Namanya ringkas tetapi meleret-leret sehingga hampir 30 minit. Beberapa orang jemaah ada yang menggeleng kepala.
Tazkirah yang di maksudkan oleh PT bukan berlkaitan dengan agama tetapi meleret sampai menyamakan Malaysia dengan Syria yang huru hara. Imam Tua berkata demikian kerana suasana bisong di waktu malam dengan bunyi mercun di sana sini. Sampai kehidupan tidak tenteram dan susah untuk menunaikan solat tarawih dan sebagainya. Wahai pak imam ! Terlalu jauh bezanya suasana di negara ini dengan suasana di Syria! Inilah bila bahana bila sudah otak dimasuki oleh 'arahan tok guru mereka'.
Tetapi bila kepala imam muda telah dimasuki oleh ajaran Tok Guru mereka, maka akan terserlahlah perangai mengata dan mengeji walaupun dalam bacaan khutbah sekali pun. Inilah yang berlaku dalam bacaan khutbah yang telah disampaikan oleh Pak Imam Muda yang menegaskan bahawa kerajaan sekarang ini zalim kerana menidakkan hak rakyat Kelantan.
Penuh bersemangat Pak Imam Muda mengutuk dengan mengatakan bahawa kerajaan tidak menyokong pembinaan Lebuh Raya Rakyat yang sedang dalam pembinaan. PT tertanya-tanya jugak apa kaitan LLR dalam bacaan khutbah. Tapi itulah yang telah terjadi di hari yang mulia ini. Tanpa rasa bersalah Pak Imam Muda meneruskan lagi khutbahnya dengan mengatakan kerajaan menipu rakyat dengan BR1M dan macam lagi.
PT rasa cukuplah setakat ini memadangkan kita semua dalam suasana gembira di bulan Syawal ini. Apapun PT mohon ampun dan maaf jika ada tersilap kata dalam menyusun ayat dalam paparan kali ini. Yang baik semuanya dari Allah SWT dan tak elok adalah dari saya sendiri. Walaupun banyak lagi yang PT hendak paparkan berkaitan dengan apa yang disampaikan oleh ke dua-dua imam tersebut.
Apakah seluruh Kelantan telah di arahkan Kerajaan Pas Kelantan agar para imam masjid menyampaikan isi khutbah yang sama?? kalau betullah sangkaan PT..sungguh licik Pas kerana telah mencanpur gaulkan serta menjadikan khutbah Jumaat sebagai platform untuk menyampaikan agenda politik mereka!!!
Apapun masing-masing ada otak, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!
No comments:
Post a Comment