Monday, 27 August 2012

PASARAYA BORONG MYDIN KOTA BHARU TERBAKAR




Patut la semalam lebih kurang pukul 8.00 malam PT ke Kota Bharu dan melalui jalan depan Pasaraya Mydin dan yang menghairankan PT ialah kenapa Pasaraya Mydin bergelap dan tidak beroperasi seperti biasa. Rupa-rupanya kebakaran berlaku seperti yang dilaporkan dalam setiap akhbar...

Kota Bharu: Kebakaran awal pagi semalam menyebabkan Pasaraya Borong Mydin di Jalan Pintu Pong, di sini, mengalami kerugian RM150,000.

Bagaimanapun, dalam kejadian pada jam 2.40 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana gedung berkenaan hanya beroperasi sehingga jam 11 malam saja. Kios makanan dan minuman turut musnah.

Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kios menjual makanan dan minuman ringan yang terletak di tepi pintu masuk pasar raya berkenaan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Abdullah Din Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengawal keselamatan pasar raya berkenaan yang bertugas pada jam 2.52 pagi.

Katanya sebaik menerima panggilan, enam jentera dan 28 anggota bomba dan penyelamat dari Balai Kota Bharu, Tunjong, Pengkalan Chepa dan Kota Darulnaim dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba pada jam 2.57 pagi.

“Ketika sampai di tempat kejadian api sedang marak di bahagian kios menjual makanan dan minuman serta tempat menyimpan barang pelanggan pasar raya berkenaan,” katanya.

Ambil masa 40 minit untuk memadamkan api

Katanya, dengan bantuan lapan Bomba Sukarelawan Balai Kota Bharu, sembilan anggota polis, enam kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan tiga anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), api berjaya dikawal jam 3.09 pagi dan padam sepenuhnya 40 minit kemudian.

“Unit forensik masih lagi menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kebakaran,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kebakaran yang berlaku ke atas pasar raya yang dirasmikan pada 2002, kali kedua selepas satu kebakaran besar yang memusnahkan bangunan tiga tingkat di Jalan Parit Dalam, di sini.

Sementara itu, Pengurus Mydin cawangan Kelantan, R Naidu berkata, ketika kejadian beliau mendapat panggilan daripada pihak bomba pada jam 2.40 pagi bahawa penggera keselamatan pasar raya berkenaan berbunyi.



Pengurus Mydin Kota Bharu, R Naidu, sedang memerhati perkerjanya membersihkan kesan kebakaran di permis Mydin, di sini. Kebakaran yg berlaku pukul 2.30 pagi tadi, disyaki berpunca dari kedai menjual makanan ringan di bangunan yg sama.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive