Thursday 30 August 2012

FOTO !!! JANJI BERSIH DI DATARAN MERDEKA


GAMBAR DAN LAPORAN TERKINI JANJI BERSIH DI DATARAN MERDEKA | JANJI DEMOKRASI - Dataran Merdeka telah ditutup untuk sebarang aktiviti malam ini bagi menyukarkan rancangan sekumpulan aktivis menjayakan himpunan Janji Bersih.

Ini adalah laporan mengenai Perhimpunan Janji Bersih :

9.40pm di DATARAN - Orang ramai mula berpusu-pusu menghampiri dan kelihatan ceria SAMBIL meniup vuvuzela.

9.45pm di JALAN SULTAN - Peserta yang hadir semakin ramai. Mereka berbaris membuat perisai manusia sepanjang jalan daripada Lok Ann Hotel ke tapak bekas Stesen Bas Klang yang dirobohkan baru-baru ini.

8.55pm di DATARAN - Orang ramai mula memasuki kawasan berdekatan dengan dataran merdeka. Di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad berdekatan pentas, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memasang pagar merintangi menutup jalan di hadapan bangunan itu.

DBKL melalui arahan Datuk Bandar juga meletakkan papan tanda berbunyi "Kawasan ini ditutup untuk semua aktiviti".
 - helangbuana
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive