Sunday, 19 August 2012

Foto !!! Keretapi Ekspress Tergelincir di Merapoh, Pahang


Keretapi Ekspress Wau Tergelincir di Merapoh yang mana telah menyebabkan 11 penumpang cedera, tiga lagi daripadanya parah, apabila dua gerabak kereta api tersebut yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan tergelincir di Merapoh dekat Lipis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hasan berkata, dua daripada 14 gerabak kereta api Ekspres Wau itu tergelincir kira-kira 11 kilometer selepas Stesen Keretapi Merapoh pada jam 6.30 pagi.

Katanya, tiga mangsa yang parah dan lapan cedera ringan tersebut telah dihantar ke Hospital Gua Musang, Kelantan bagi mendapat rawatan lanjut dan identiti kesemua mangsa belum diketahui.

Beliau berkata, gerabak yang tergelincir itu ditinggalkan di tempat kejadian sebelum kereta api itu meneruskan perjalanan ke Tumpat lebih kurang dua jam kemudian. Abdul Razak berkata, punca kejadian masih dalam siasatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive