Sunday 12 August 2012

PAS TIDAK MAMPU PERINTAH DAN BELA RAKYAT KELANTAN - DDH



KOTA BHARU - Umno Kelantan menyelar tindakan Kerajaan Negeri yang ditadbir Pas dilihat tidak memiliki kemampuan untuk mentadbir Kelantan secara baik, sebaliknya hanya pandai bersikap menuding jari menyalahkan pihak lain berhubung isu yang masih membebani rakyat negeri ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Dali Husin berkata, berdasarkan kedudukan geografi, negeri ini mempunyai hasil balak banyak yang boleh digunakan untuk membangunkan negeri ini dengan pesat.

Bagaimanapun, beliau berkata, faktor kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri merancang ekonomi negeri secara efisien menyebabkan pembangunan di Kelantan terhad di samping taraf ekonomi rakyat tergugat akibat kekurangan peluang pekerjaan.

“Sebenarnya jikalau kita melihat kedudukan geografi kita dengan jumlah nilai balak yang banyak namun telah pun habis. Sepatutnya negeri ini kaya raya, tetapi negeri kita jatuh dalam keadaan yang begitu pembangunan terbatas dan tidak mampu membela nasib rakyat.

“Situasi ini tentu sebab ada kepincangan dalam kepimpinan dalam Kerajaan Negeri. Mereka lebih pentingkan soal politik dan ceramah sebagaimana meletakkan kesalahan kepada pihak lain, tidak ada sikap tanggungjawab, contohnya isu air sekarang ini mereka meletakkan faktor kemarau pula,” katanya.

Beliau berkata kepada Sinar Harian selepas Majlis Sumbangan Buah Kurma, Air Zam-zam dan Kain Jubah kepada 104 buah Madrasah dan Masjid dari seluruh Parlimen Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Selain itu, Dali berkata isu kekurangan peruntukan dalam Kerajaan Negeri yang ditadbir Pas sepatutnya tidak perlu ditimbulkan memandangkan Kerajaan Pusat turut memberi bantuan kewangan kepada negeri ini.

Katanya, bagi menangani isu bekalan air bersih yang melanda negeri ini Kerajaan Pusat telah memberi peruntukan sebanyak RM600 juta untuk menangani isu tersebut.

“Banyak sebenarnya peruntukan Kerajaan Pusat bagi kepada Kelantan tetapi banyak perkara Kerajaan Negeri tidak dapat selesaikan misalnya masalah air ini. Dalam erti kata lain Kelantan sekarang ini bukan kerana tidak mampu disebabkan ketiadaan dana tetapi apa yang berlaku adalah disebabkan ketidakmampuan Kerajaan Negeri mentadbir Kelantan.

Sumber : SH

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive