Wednesday, 29 August 2012

LAMPU HIJAU UNTUK PERHIMPUNAN JANJI BERSIH TIDAK DILAYAN - ACP ZAINUDDIN AHMAD



KUALA LUMPUR, 27 Ogos - Tiada sebarang "lampu hijau" diberikan kepada penganjur "Himpunan Janji Bersih" yang akan diadakan pada 30 Ogos ini, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad.

Beliau berkata tiada sebarang kebenaran diberikan pihak polis kepada penganjur kerana Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2011 mensyaratkan penganjur memberi notis sepuluh hari sebelum perhimpunan diadakan kepada polis namun perkara itu gagal dilakukan oleh penganjur.
"Kalau menurut akta tersebut, penganjur telah melakukan kesalahan kerana tidak memberikan notis kepada kita...jadi dari pihak polis tiada sebarang kebenaran akan diberikan. Cuma mereka berjanji kepada kita bahawa perhimpunan itu akan dilakukan secara aman," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pada perhimpunan tersebut polis bersetuju memberikan kerjasama daripada segi kawalan trafik dan keselamatan sebagai langkah awal bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan sebarang kekecohan.

Menurutnya, perbincangan selama satu jam antara polis dan wakil penganjur di di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Isnin bertujuan menerangkan kepada penganjur berhubung syarat-syarat yang perlu dipersetujui sekiranya ingin menganjurkan perhimpunan tersebut seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive