Beliau berkata Umno tidak memerlukan situasi sebegitu untuk memenangi hati rakyat sebaliknya yakin untuk menang dengan kekuatan sedia ada pada Umno dan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN).
"Umno tak perlu peristiwa sebegitu tapi perlukan pemimpin yang bekerja untuk rakyat," katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra dan berbuka puasa bersama Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Khazanah di sini, malam ini.
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mengulas mengenai saranan Pemuda PAS Kelantan dan beberapa pemimpin tertinggi parti itu yang mahu bekas timbalan presiden Pas, Nasarudin Mat Isa supaya keluar parti ekoran kenyataannya yang mengesa parti itu keluar daripada gabungan pakatan pembangkang sekiranya DAP terus menentang hudud.
Ditanya sama ada Umno sedia menerima atau memberi tempat kepada Nasarudin yang juga Anggota Parlimen Bachok, beliau berkata mengikut dasar parti, Umno terbuka kepada sesiapa sahaja.
Mustapa berkata saranan supaya Nasarudin keluar daripada Pas bukan perkara baru, malah telah pun berlaku sebelum ini, namun sehingga kini beliau masih kekal sebagai anggota Pas.
"Nasarudin seorang yang berfikiran terbuka dan ada pandangan berbeza daripada orang lain, dan atas dasarnya Umno juga sedia membuka pintu... dan ini tidak merujuk hanya pada Nasarudin," katanya.- Bernama
PT
Betul ke Tok Pa ? Umno tidak memerlukan sesiapa untuk memenangi hati rakyat serta merampas Kelantan dari tangan Pas. Aku tak faham lah dengan pemimpin UMNO Kelantan ni???
ada maksud tersembunyi.. .. umno perlu kuatkan diri sendiri dulu sebelum mengharapkan faktor luar..
ReplyDelete