Tuesday 14 August 2012

“Kerana Pas, kefahaman saya terhadap Islam lebih mendalam ??? - Abby


BATU CAVES – Terlalu banyak publisiti dan fitnah yang dilemparkan kepada pelakon popular Gerak Khas, Abby Abadi selepas menyertai Pas berbanding semasa bergiat aktif dalam industri hiburan.

Hal itu jelaskan sendiri oleh bekas ahli kumpulan Elite itu ketika menjadi ahli panel dalam program Forum Perdana di Kompleks Muhibbah, Taman Boltan di sini, malam semalam.

Katanya, ramai pihak yang mempertikaikan penghijrahan yang dibuat kepada imej bertudung disebabkan oleh Pas dan bukannya kerana ALLAH.

“Hidayah yang diturunkan ke atas saya bukan hidayah sesat, dan saya setuju menyertai Pas kerana ingin sama-sama membantu menyebar dakwah.

“Selepas menyertai Pas, kefahaman saya terhadap Islam lebih mendalam. Saya akui bahawa sebelum penghijrahan banyak melakukan kesilapan serta tidak mengikut syariat Islam secara keseluruhan,” katanya di hadapan 200 orang tetamu yang hadir pada majlis tersebut.

Menurutnya lagi, Jika diberi pilihan masuk syurga atau masuk televisyen, saya akan pilih masuk syurga walaupun diakui masih lagi cintakan bidang lakonan.

Katanya juga, perubahan imejnya turut banyak memberi cabaran terutama daripada rakan seperjuangan yang memandang sinis tidak kurang juga menganggap perubahannya sekarang tidak secara keseluruhan atau untuk mendapat publisiti murahan.

“Pelbagai fitnah telah dilemparkan termasuk saya telah berkahwin dengan seorang ahli politik parti Pas dan tidak faham kenapa penghijrahannya dilihat dari sudut negatif.

“Hakikatnya saya tidak suka dengan cara hidup sekarang iaitu berdakwah secara terbuka tetapi yakin pilihan yang dibuat adalah tepat sebagai platform menjelaskan bahawa Islam dan politik sememangnya tidak boleh dipisahkan,” kata Abby Abadi lagi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive