Friday, 31 August 2012

BIAR BETUL !!! PRESTASI KERAJAAN PAS KELANTAN MENINGKAT SEJAK 22 TAHUN LALU - ISMAIL KAMUS


KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan akan dapat dipertahankan pada Pilihan raya Umum ke-13 berikutan prestasi meningkat kerajaan itu sejak 22 tahun lalu.

Penasihat Darussalam, Datuk Ismail Kamus, memberitahu keadaan lebih meyakinkan berikutan pihak lawan, Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin merudum sehingga gagal menawan hati rakyat.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan itu selepas pertemuannya dengan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan santai itu diadakan di JKR 10 petang semalam.

“Insya Allah kita yakin rakyat Kelantan akan memilih perjuangan Pakatan Rakyat berbanding BN di Kelantan dan akan terus mengekalkan kedudukan kerajaan negeri yang ada hari ini,” ujarnya.

Sambungnya, pada masa yang sama pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat bukan sahaja di Kelantan berada pada kedudukan yang baik, sebaliknya di negeri lain.

Jawatankuasa Darussalam seramai 15 orang mengunjungi pimpinan peringkat negeri untuk bertanya khabar khususnya sempena Aidilfitri ini.

Pada masa yang sama, Tuan Guru menegaskan tidak ada sebab lagi rakyat ingin menolak pentadbiran kerajaan Kelantan hari ini kerana bebas dari gejala rasuah.

“Jadi rakyat Kelantan yang sememangnya pandai menilai sejak sekian lama dapat membuat pilihan yang baik dan tepat nanti,” ujarnya.

PT

Rasa nak tergelak bila membaca petikan yang di nayatakan oleh Ustad Ismail kamus ni...pandai pulak beliau membuat lawak...betul ke ustad prestasi kerajaan pas Kelantan meningkat sejak 22 tahun lalu? Apa yang meningkatnya ustad ??

Satu lagi ustad , betul ke rakyat Kelantan pandai menilai dan membuat pilihan yang tepat ? apa yang kerajaan Pas bagi pada rakyat Kelantan ? Nak selesai isu air pun tak dapat !!! Alahai ustad2...hebat jugak tok guru makan besar nampak .....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive