Sejarah tercipta di kelantan apabila berlangsung program ‘Qiam With Me‘ yang dilangsungkan di Istana Negeri Kubang Kerian, Kelantan melibatkan seluruh rakyat kelantan dan sultan serta pembesar negeri.
Program Qiam With Me yang julung-julung kali diadakan tersebut telah mendapat sambutan luar biasa dari rakyat kelantan. Ribuan rakyat negeri Kelantan tidak melepaskan peluang untuk menghidupkan Ramadhan bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dalam program Qiam With Me di Istana Negeri di sini malam tadi.
Suasana malam tadi menyaksikan Dewan Jubli Perak, di Istana Negeri, Kubang Kerian itu penuh malah kesemua khemah diluar dewan juga sesak. Program Qiam With Me bermula dengan Solat Isyak kemudian diteruskan dengan solat Terawih bersama Sultan Muhammad V. Turut hadir pada program itu, saf kepimpinan negeri termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Selepas solat Isyak, program diteruskan dengan kuliah agama yang disampaikan penceramah popular dari Terengganu Ustaz Azhar Idrus sebelum masing-masing diberikan masa untuk berehat. Program seterusnya dimulakan pada jam 4 pagi untuk qiamullail sehingga sahur dan kemudiannya solat Subuh secara berjemaah.
- Gambar Sekitar ‘Qiam With Me‘ Di Kelantan
No comments:
Post a Comment